Seramnya bila orang cakap, “Elok-elok, jangan angkat barang berat-berat sebab awak tu perempuan takut nanti rahim jatuh pula”.
Ish, mustahil rahim boleh jatuh. Betul ke boleh?
“YA, BOLEH”.
Rahim atau Uterus adalah bahagian dalaman wanita merangkumi sejenis organ kompleks yang ukurannya lebih kecil dari sebiji buah pir. Ia terletak di penghujung pelvis pada bahagian bawah tubuh wanita dan berfungsi sebagai organ utama reproduksi.
Penulis jelas, ramai di antara kita yang kurang menjaga kesihatan rahim. Meskipun ia berada di dalam tubuh, ia tetap penting seperti organ seksual yang lain termasuklah vagina dan payudara.
Simptom Rahim Jatuh
- Pendarahan vagina luar biasa (selain datang bulan)
- Lelehan vagina yang berlebihan
- Masalah ketika melakukan hubungan intim (berasa sakit dan tidak selesa)
- Bahagian pelvis terasa tegang dan berat kadang-kala
- Mengalami sembelit
- Infeksi pada buah pinggang
- Terasa seperti duduk di atas bola
- Terlihat sedikit bahagian rahim atau pelvis terkeluar dari lubang vagina
Punca Rahim Jatuh
- Mengandung/melahirkan dengan cara normal mahupun saat mengalami komplikasi ketika meneran bayi
- Otot pelvik lemah disebabkan faktor umur
- Pertumbuhan tisu yang menyokong kedudukan rahim telah terbantut disebabkan menopos -kekurangan hormon estrogen
- Kondisi yang dipengaruhi oleh perbuatan batuk terlalu kuat (batuk kering atau asma), meneran terlalu kuat (sembelit), ketumbuhan pada pelvik
- Cecair yang terkumpul banyak pada bahagian abdomen
- Berat badan berlebihan (gemuk tidak normal/obesiti)
- Pernah melakukan pembedahan di sekitar pelvik sehingga menjejaskan kedudukan sebenar organ
- Merokok
Adakah Ia Normal?
Ya, masalah peranakan jatuh ini adalah normal bagi kaum wanita yang pernah melahirkan tetapi tidak terkecuali bagi yang masih dara. Anda turut berisiko.
Cara Mengesan
1) Secara Berbaring (gadis belum berkahwin boleh guna cara ini)
Letak ibu jari dalam pusat. Jika terasa berdenyut-denyut, itu bermaksud peranakan atau rahim anda masih normal dan berada di tempat yang betul. Jika tidak terasa apa-apa, gerakkan jari-jemari ke bawah sedikit hingga terasa berdenyut-denyut.
2) Secara Mencangkung
Masukkan jari ke dalam rahim dan cuba sentuh objek berbentuk bulat seperti guli lembut. Jika jari anda dapat merasakannya, itu bermakna peranakan anda sudah menggelongsor jatuh dari kedudukan asalnya. Ambil cermin dan cuba lihat jika terdapat bahagian daging yang sudah terkeluar dari vagina.
Tips!
- Elak kehamilan dengan jarak yang rapat
- Kurangkan berat badan jika anda overweight. Rujuk BMI ideal anda.
- Elak mengangkat benda yang berat sehingga memaksa otot bahagian perut untuk ditekan atau tertekan
- Amalkan senaman Kegel!
Cara Lakukan Kegel (Senaman Kemut)
1) Untuk mengenal pasti otot dasar pelvik, ketika sedang anda membuang air kecil, cuba paksa diri untuk menyekat kencing serta-merta. Jika anda berjaya, bermakna kemutan anda itu betul.
Sekarang, anda boleh lakukan cara kemutan yang sama pada bila-bila masa.
Saat sedang duduk di hadapan komputer dalam pejabat pun anda masih boleh lakukan senaman kegel ini untuk memperkukuh kedudukan dan otot yang menyokong kekuatan rahim.
Jika hendak senang, anda boleh lakukan secara berbaring. Sebelum dan selepas bangun dari tidur mungkin?
2) Manfaatkan teknik. Untuk mengetatkan dan memperkuatkan otot dasar pelvik, cuba tahan setiap kemutan yang anda lakukan selama 5 saat. Ulang tanpa henti sebanyak 5 kali.
Apabila telah biasa nanti, anda boleh tingkatkan tempoh menahan kemutan selama 10 saat pula. Selangi kemutan dengan masa berehat selama 10 saat.
3) Untuk hasil yang berkesan, cuba fokus saat melakukan kegel. Jangan tahan nafas ketika sedang kemut, cuba bernafas seperti biasa secara tenang sambil melakukan kemutan.
4) Lakukan 3 kali sehari iaitu 10 set untuk setiap sesi. (1 sesi = 10 kali kemutan)
Selamat beramal!