Sebagai seorang wanita, adalah mustahak bagi kita untuk menjaga penampilan. Ini merangkumi anggota tubuh dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki.
Walau pun begitu, hakikatnya masih ramai wanita yang tidak menghiraukan penjagaan bahagian anggota tubuh paling kecil iaitu kuku. Penulis jelas, tidak semua orang akan melihat kuku kita sewaktu saat pertama kali bersua muka, tetapi ia mestilah dijaga rapi kerana kuku melambangkan keperibadian seseorang wanita. Jangan pentingkan ketulusan hati, rupa fizikal pun mesti diutamakan.
Ingat!
“First impression isn’t everything but it will enhance your personality”.
Sephora dengan berbesar hati memperkenalkan The Surprising Fan sebagai salah satu keluaran untuk koleksi musim cuti 2016. Apa yang menarik, pengikis dan pengilat kuku 4 dalam 1 ini mudah untuk dibawa kemana-mana dan boleh digayakan sebagai rantai kunci bergaya!
Bentuknya seperti kipas mini memudahkan wanita yang sibuk untuk tetap menjaga kecantikan kuku walau di mana sahaja. Opss! Harganya juga tidaklah begitu mahal, cuma RM12 sahaja selepas diskaun! jadi, tiada alasan lagi untuk anda tidak menjaga kecantikan dan kesihatan kuku!
Anda boleh beli The Surprising Fan secara atas talian [DI SINI] atau terus ke cawangan Sephora seluruh Malaysia.
Ayuh Wanista tunjukan rahsia miliki kuku menawan dengan 4 langkah mudah:-
#1 Kikis & Bentuk
- Basuh tangan dengan bersih sebelum mula merias.
- Pastikan habuk dan kotaran pada bahagian celah kuku dicuci terlebih dahulu agar hasil riasan nampak kemas dan cantik.
- Alas tangan dengan tuala supaya habuk kikisan kuku tidak berterabur.
- Berpandukan rujukan yang ada pada The Surprising Fan, gunakan pengikis yang dilabel dengan nombor 1 (File), khas untuk mengikis hujung kuku dan bentuk ia mengikut cita rasa. Seperti penulis, penulis lebih gemar jika kuku berbentuk panjang dengan perincian bersegi.
- Kikis sehingga anda berpuas hati dengan bentuk kuku tersebut.
#2 Merata Permukaan
- Beralih pula kepada langkah untuk meratakan permukaan kuku. Gunakan pengikis yang dilabel dengan nombor 2 (Buff), khas untuk menanggal sisa kotoran yang melekat pada kuku serta menipiskan lapisan kuku agar permukaannya rata.
- Jangan lupa ratakan hujung kuku sekali!
#3 Melicin
- Tiba masa untuk melicinkan kuku. Gunakan pengilat yang dilabel dengan nombor 3 (Polish).
- Gosok pada keseluruhan permukaan kuku agar bekas kikisan dapat dilicinkan semula.
- Jangan panik jika banyak habuk yang keluar dari proses kikisan tersebut. Ianya normal dan tidak merosak kuku sama sekali.
#5 Mengilat
- Akhir sekali, gunakan pengilat yang dilabel dengan nombor 4 (Shine).
- Gosok ia pada keseluruhan permukaan kuku sehingga permukaan kuku nampak berkilat seolah memakai gel topcoat! Siap! Mudah kan?
- Sesuai untuk muslimah yang mahu kuku nampak berkilat walaupun tidak memakai apa-apa litupan perwarna kuku.
Percayalah! Tidak sampai 10 minit, anda sudah mampu miliki hasil kuku salon idaman dengan bantuan The Surprising Fan!
Selamat Mencuba!