Jenama Anchor Food Professionals telah melancarkan produk makanan mereka sempena musim perayaan ini iaitu Anchor Travel Cake. Kek yang diilhamkan dari negara Perancis ‘gateaux de voyage’, kek berkualiti tinggi yang dibawa si pengembara dari satu tempat ke tempat yang lain.
Tiga variasi perisa didalam Anchor Travel Cake pasti memikat hati tetamu anda. Chocolate Prune Travel Cake – gabungan buah prune, aprikot dan coklat gelap menjadikan ia kek coklat lembab yang pekat, Earl Grey Apricot Travel Cake – kek haruman teh earl bersama buah aprikot dan Orange Cranberry Travel Cake – kek manis perasa buah oren bersama buah plum dan beri biru.
Anchor Travel Cake diadun dari mentega Anchor Tinner Butter, bahan paling ideal dalam menyediakan kek kerana ia diperbuat dari sumber asli dan semulajadi tenusu dari lembu New Zealand. Mentega premium yang menghasilkan kek atau kuih yang beraroma dan tekstur lembut.
Anchor Travel Cake boleh didapati pada 1 Disember 2016 sehingga 31 Januari 2017 di 57 kedai bakeri, antaranya: RT Pastry House, boite a bijoux, Thyme Bakery dan Trendy Bakery di Lembah Klang; Kek Sayang di Kedah; Savour @ Bread History di Penang; The Baker’s Hut, Born & Bread dan Happy Angel’s Cake di Perak; Seremban Toast House di Negeri Sembilan; Baker’s Ville di Johor; Walnut Bakery di Sabah dan Take Cake House, MA Baker dan Farley bakery di Sarawak.