Demam drama Korea bakal mencapai tahap tinggi apabila siri baharu yang dinanti-nantikan, Goblin bakal ditayangkan pada Sabtu, 3 Disember ini.
Menariknya, drama ini menampilkan barisan pelakon terkenal termasuk Gong Yoo, Lee Dong Wook, Yoo In Na dan juga Kim Go Eun yang baru-baru ini meraih Anugerah Pelakon Wanita TV Baharu Terbaik pada Anugerah Kesenian Paeksang.
Siri ini juga ditulis oleh Kim Eun Sook dan diarahkan oleh Lee Eung Bok, perancang utama di sebalik drama yang medapat pujian ramai, Descendants of the Sun.
Kelainan yang diberi kali ini, Goblin menjanjikan peminat drama Korea sebuah siri romantik yang berlatar dunia fantasi hari ini. Jalan ceritanya menjejak Goblin (Gong Yoo), seorang orang tua yang kacak dan bosan dengan kehidupan abadinya. Satu-satunya cara untuk menamatkan riwayatnya adalah dengan mencari ‘pengantin goblin’, maka membawanya kepada perjumpaan Euntak (Kim Go Eun), wanita yang dia telah jatuh cinta. Kisah cinta mereka, seperti kisah cinta hebat yang lain, penuh dengan ranjau dan duri apabila diketahui Euntak sebenarnya sedang melarikan diri daripada Malaikat Maut bernama Reaper (Lee Dong Wook). Reaper, ditugaskan untuk membunuh Euntak, kemudiannya bertemu dengan Sunny (Yoo In Na) seorang jelitawan yang mana beliau pula menaruh hati. Plot cerita memuncak apabila penonton mendapati Goblin dan Reaper berkongsi bilik, menjerumuskan kedua-duanya ke kancah yang begitu rumit, dengan mereka harus bergelut antara perasaan dengan tanggungjawab.
Jadi, bagaimana dah bersedia nak menonton Goblin? Pastikan anda menonton Goblin di Oh!K (Saluran Astro 394) pada hari Sabtu, 3 Disember pada pukul 7 malam.