Mamee sememangnya sinonim dengan masyarakat Malaysia dan telah menjadi nama yang dekat di hati mana-mana keluarga terutama sekali kanak-kanak hampir separuh abad lamanya. Sebagai syarikat yang kian berkembang mengikut arus kemajuan rakyat Malaysia, Mamee terus peka tentang kepentingan untuk produk-produknya berevolusi mengikut kehendak dan keperluan konsumer. Berpegang kepada dua matlamat utama kehidupan kanak-kanak – pemakanan dan kegiatan aktiviti, Mamee kini melancarkan Mamee Monster Biskidz, produk biskut pertama yang mengandungi DHA.
Biskut ini mengandungi sembilan vitamin tambahan yang amat memanfaatkan badan; vitamin A untuk fungsi mata, kumpulan vitamin-vitamin B, B1, B2, B3, B5, B6, B12 untuk meningkatkan tahap metabolisma yang membantu dalam pengeluaran tenaga, Vitamin D yang membantu badan menggunakan kalsium dan fosforus, Vitamin E yang melindungi lemak dalam tisu badan dari pengoksidaan dan akhir sekali, kalsium untuk membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
Biskut ini mempunyai tiga perisa yang dicipta berdasarkan apa yang digemari oleh kanak-kanak – susu, yang merupakan bahan utama kehidupan mereka, coklat yang amat digemari oleh kanak-kanak serta rumpai laut yang memberikan satu unsur keenakan berbentuk savuri. Teksturnya amat ringan dan rangup memudahkan kanak-kanak untuk menikmatinya. Terdapat empat saiz pek yang mudah untuk memilih mengikut keperluan dan keadaan penggunaan yang berbeza. Setiap permukaan biskut juga dihasilkan dengan cetakan bentuk maskot Mamee Monster Biskidz yang ikonik, menambahkan lagi elemen keseronokkan kepada produk ini.
Mamee Monster Biskidz kini boleh didapati di seluruh negara dalam empat saiz pek yang berbeza pada harga-harga berikut:
- Pek mini – RM0.50
- Pek Tetap – RM 1.00
- Pek Sederhana – RM 3.90
- Pek Besar – RM 7.90