Sejak memperkenalkan kanta lekap kecantikan pertama di dunia lebih dari 10 tahun yang lalu, ACUVUE® terus menerajui kategori ini dengan inovasi yang tidak dapat disetandingkan.
1-DAY ACUVUE® DEFINE® with LACREON® TECHNOLOGY menambah lagi koleksi terbaru dengan dua varian unik – Radiant Bright™ dan Radiant Charm™ yang direka khas untuk wanita masa kini yang mementingkan kecantikan untuk tampil serba unik, kanta lekap kecantikan pertama di dunia dengan tiga lapisan pigmen lut cahaya yang mencerahkan, memberi kontras dan menyerlahkan mata anda dalam sekelip mata!
Ciri penuh revolusi ini menggabungkan tona-tona tipis untuk menyerlahkan lagi perincian unik mata setiap individu. Lapisan-lapisan pigmen tipis Radiant Bright™ dan Radiant Charm™ menonjolkan lagi kedalaman dan kejelasan iris sambil membangkitkan warna iris semulajadi yang unik. Lapisan pertama mencerah, manakala lapisan seterusnya memberi kontras, dan lapisan terakhir menyerlahkan lagi gelang limbal untuk mata yang cantik semula jadi dan bersinar.
Bukan sekadar Rekaan Eye-Inspired™, ACUVUE® DEFINE® turut menampilkan ciri unik BEAUTY WRAPPED IN COMFORT™ Technology (BWIC™) yang memastikan pigmen pewarna sentiasa kekal di dalam bahan kanta untuk mengelakkan sebarang pigmen berwarna bersentuhan dengan mata.
ACUVUE® juga kekal sebagai satu-satunya jenama kanta lekap yang mempunyai standard perlindungan UV yang diiktiraf di antarabangsa atas semua rangkaian produk. 1-DAY ACUVUE® DEFINE® membantu melindungi bahagian mata yang terlindung daripada kira-kira 97% radiasi UV-B dan 82% radiasi UV-A, tanpa menjejaskan penglihatan. Ia turut memberikan keselesaan yang tiada bandingan untuk mata yang menawan dan sihat dengan teknologi LACREON® yang mengekalkan kelembapan sehingga 20 jam.
Kanta lekap 1-DAY ACUVUE® DEFINE® dengan LACREON® (30 kanta lekap dalam setiap kotak)boleh didapati daripada pengamal-pengamal yang disahkan.
- 1 Kotak RM 172
- 4 Kotak RM 615
- 8 Kotak RM1135