Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Raikan Krismas Bersama Lego Malaysia!

by Lisa AG
November 17, 2016
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sambil menantikan musim yang penuh dengan keseronokan dan perkongsian, LEGO® Malaysia akan menganjurkan acara eksklusif Build Your LEGO® Christmas (Bina Krismas LEGO Anda) di aras LG Oval Concourse, Pusat Beli-Belah 1-Utama dari 9 hingga 20 November 2016, jam 10 pg-10 mlm.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Pada musim perayaan ini, dewasa, kanak-kanak dan peminat LEGO® dari semua peringkat usia boleh menyelami dunia keajaiban Krismas di acara Build Your LEGO® Christmas yang menampilkan watak tersayang dan ikon daripada rangkaian LEGO popular LEGO® CITY dan LEGO® Friends. Acara ini, yang diadakan dengan kerjasama Toys-R-Us dan One Utama, bakal menjadi pengembaraan LEGO® yang menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk:

  • Pawagam mini yang menayangkan siri TV popular seperti LEGO® NEXO Knights dan LEGO® CITY.
  • Diorama mengagumkan dengan pelbagai adegan LEGO® CITY dan LEGO® Friends, yang dianjurkan oleh tiga kumpulan pengguna bertauliah LEGO di Malaysia – Kumpulan Pengguna Malaysia LOM LUG LEGO®, Synergy, dan Asia Bricks.
  • Permainan Roda Ferris taman permainan LEGO® Friends.
  • Ruang permainan percuma untuk kanak-kanak membina dan memaparkan ciptaan LEGO® masing-masing.
  • Sesi beramah mesra dengan maskot LEGO® CITY, dan juga LEGO® Santa.
  • Medan gambar LEGO® CITY dengan alatan dan kostum untuk membolehkan peminat mengambil gambar kenangan.
  • Bengkel untuk kanak-kanak mempelajari cara membina kereta luncur salji Santa mereka sendiri.
  • Sesi beramah mesra dengan pereka produk dan pembina pakar LEGO®, John Ho, minda kreatif di sebalik siri LEGO® seperti LEGO® Bionicle dan LEGO® Star Wars Buildable Figures, pada 19 November.
Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista
Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

“Di LEGO, kami yakin terhadap usaha memperkasakan kanak-kanak untuk menjadi kreatif, berdaya imaginasi dan inovatif dengan menggunakan bata mainan untuk menzahirkan ciptaan mereka. Perayaan Krismas ialah masa yang penting buat kami, kerana ini adalah musim untuk berkongsi keceriaan dan kemakmuran bersama.

IKLAN

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

“Acara Build Your LEGO Christmas sedia menjadi wadah untuk rakyat Malaysia menghidupkan semangat Krismas, dan menyertai aktiviti menyeronokkan di taman tema istimewa LEGO CITY dan Friends dalam suasana yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga,” kata Dick Yoong, Pengurus Negara LEGO Malaysia.

Tags: kanak-kanakkrismaslegoLego MalaysiaMerry Christmasperayaan krismasRaikan Krismas Bersama Lego Malaysia
Share6SendShare

Artikel Berkaitan

Sakit Bawah Ari-Ari? Ibu Mengandung Boleh Cuba Buat Begini
Keibubapaan

Sakit Bawah Ari-Ari? Ibu Mengandung Boleh Cuba Buat Begini

January 5, 2022
Sebut 3 Ayat ‘Magik’ Depan Si Kecil, Dia Akan Membesar Jadi Anak Yang Hebat
Keibubapaan

Sebut 3 Ayat ‘Magik’ Depan Si Kecil, Dia Akan Membesar Jadi Anak Yang Hebat

December 20, 2021
“Yes! Dah Buka Balik!”- Mak Ayah Perlu Tahu Ini Yang Best & Terbaru Di KidZania Kuala Lumpur
Keibubapaan

“Yes! Dah Buka Balik!”- Mak Ayah Perlu Tahu Ini Yang Best & Terbaru Di KidZania Kuala Lumpur

November 27, 2021
Keibubapaan

Anak Kerap Menangis Sampai Timbul Urat Hijau Antara Hidung & Mata, Apa Maksudnya?

November 23, 2021

IKLAN

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Brilliant Skincare Ada Racun Berjadual, Masih Ramai Pakai & Tak Sedar Bahayanya

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.