Syarikat penerbangan Malaysia Airlines lancar ‘Year End Super Sale’ (YESS) dengan menawarkan lebih 30 peratus penjimatan untuk semua destinasi yang ditawarkan syarikatnya bermula hari ini hingga 26 November ini.
Kempen YESS sah untuk penerbangan yang beroperasi dari 23 November ini hingga 24 Mei 2017.
Pelanggan tidak ketinggalan boleh mendapatkan tiket sehala merangkumi semua servis yang disediakan untuk penerbangan Kelas Ekonomi serendah RM99 bagi perjalanan dalam negara.
Bukan itu sahaja, tawaran istimewa ini turut memberi peluang kepada pelanggannya untuk menikmati penerbangan dua hala ke luar negara di beberapa daerah ASEAN terpilih yang ditawarkan pada tambang serendah RM209 manakala RM599 untuk ke Sri Lanka serta dari RM679 ke China.
Dari RM1,099 pula, pelanggan boleh juga terbang ke Australia atau New Zealand, RM1,209 ke Jepun atau Korea dan serendah RM 2,199 untuk ke London.
Bagi penerbangan Kelas Perniagaan, tambang adalah serendah RM239 untuk perjalanan domestik dan RM1,099 untuk penerbangan antarabangsa ke sekitar daerah ASEAN terpilih.
Kepada yang berminat, anda boleh mula membuat tempahan tiket di www.malaysiaairlines.com/my atau kunjungi mana-mana agen pelancongan MAS untuk menikmati promosi ini.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 1-300-88-3000.