Tinggi dan berwajah kacak, siapa tak kenal peneraju utama dalam filem Marvel: Doctor Strange, Benedict Cumberbatch. Yang kini berusia 40tahun tapi kelihatan gagah dan kekal macho setiap kali muncul dilayar perak.
Bermula karier lakonan pada awal tahun 2010 di England dan sekarang telah mengungguli dunia perfileman Hollywood termasuklah tercalon dalam anugerah Academy Award, Golden Globe Awards dan tersenarai didalam “Most Influential People in the World” oleh majalah Time pada 2014.
Wanista kumpulkan 10 fakta luar biasa tentang Benedict yang mungkin pembaca tidak pernah tahu.
#1 Warna anak mata Benedict dikenali sebagai heterochromia, sindrom warna mata yang boleh berubah kepada warna hijau atau biru. Juga warna asal rambut beliau ialah warna ‘auburn’ dan beliau terpaksa mewarnakan rambut kepada warna hitam untuk melakokan watak didalam filem Star Trek dan drama bersiri Sherlock.
#2 Moyang Benedict merupakan sebuah keluarga yang mengamalkan sistem perhambaan yang kejam. Mereka mempunyai sebuah ladang tebu di Barbados dan memaksa hamba mereka bekerja sampai mati! Ibu Benedict menyuruh beliau menukar nama pentas supaya tidak mendapat reaksi negatif dari orang awam.
BACA: 11 Fakta Yang Anda Tidak Tahu Tentang Jelitawan Jun Ji Hyun
#3 Mempunyai suara yang seksi dan ‘dalam’. Pernah menjadi pelakon suara didalam siri animasi The Simpson, filem animasi Penguins of Madagascar dan suara-suara jahat didalam filem francais The Hobbit. Menariknya lagi, Benedict juga melakokan watak kedua didalam filem Doctor Stranger sebagai Dormammu, kuasa jahat yang ingin menakluk dunia.
#4 Baru-baru ini beliau menerima anugerah kehormat dari Ratu Elizabeth II iaitu “Commander of the British Empire”. Ianya anugerah khas untuk mereka yang berjaya didalam bidang seni dan sains serta program kebajikan.
Benedict memang layak kerana selain berjaya dalam bidang seni, beliau juga aktif dalam program kebajikan dan sukarelawan menyokong dan membantu mangsa pelarian Syria.
#5 Bijak! Beliau pandai mengajuk gaya selebriti lain seperti Alan Rickman, Tom Hiddleston, Owen Wilson dan ramai lagi. Malah bunyi suara Chewbacca pun beliau mampu buat.
#6 Sebelum beliau menyambung pelajaran di Universiti Manchaster didalam pengajian Drama. Benedict menghabiskan masa cuti selama setahun mengajar Bahasa Inggeris di kuil-kuil wilayah Tibet, China. Selain itu, beliau juga belajar cara meditasi Buddha dan kini menggunakannya sebagai teknik untuk beliau fokus bila berada didalam karakter yang dilakonkan.
#7 Jika melihat gaya lakonan dan aksi yang diberikan dari Benedict, yes beliau mempunyai darah seni lakonan yang diwarisi dari bapa, Timothy Carlton (nama sebenar Timothy Carlton Congdon Cumberbatch) dan Wanda Ventham ibunya. Mereka pernah berlakon bersama didalam satu episod Sherlock.
BACA: 17 Fakta Menarik Tentang Emma Watson Yang Anda Tidak Tahu
#8 Peminat tegar Benedict, especially kaum wanita menggelarkan diri mereka sebagai ‘Cumberbitches’. Hahaha. Benedict kurang mengemari gelaran tersebut dan berharap para peminat menukar gelaran yang lebih baik dan mempunyai ‘kuasa wanita’. So sweet..
#9 Mempunyai keluarga bahagia bersama isteri Sophie Hunter dan anak lelaki berusia setahun Christopher Cartlon Cumberbatch. Sophie merupakan pelakon, penggiat seni teater dan fasih berbahasa Perancis dan Itali. Benedict dan Sophie sedang menunggu kelahiran anak kedua mereka dijangka pada 2017. Tahniah!
#10 Benedict tidak dapat menerima beliau digelar sebagai simbol seks Hollywood. Menganggap memiliki bentuk wajah yang pelik serta tidak seksi dan bagi beliau ia merupakan kenyataan yang tidak masuk akal. Walaubagaimanapun, beliau tetap menerima apa sahaja pandangan orang lain terhadapnya.
Antara 10 fakta ini, yang mana buat anda rasa ‘wow’? Pilihan Wanista yang nombor 9, huuuu~ sedih 😛