Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Review: Makeup Eraser, Tak Sampai 60 Saat Kesan Solekan Hilang

by Izzah Azizah
November 18, 2016
Makeup Eraser kini berada di Sephora Malaysia. Foto - arkib Wanista.com

Makeup Eraser kini berada di Sephora Malaysia. Foto - arkib Wanista.com

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Setiap kali pulang sahaja dari tempat kerja atau majlis-majlis yang Penulis hadiri, mesti tidak sabar nak buang segala solekan yang ada diwajah. Rutin untuk tanggalkan solekan mengambil masa 3minit paling kurang, iyalah..satu per satu Penulis kena buat, ambil kapas muka kemudian sapukan dengan makeup remover dan yang paling Penulis geram satu kapas mana cukup nak hilangkan kesan solekan. 

Tapi kini dengan ada MAKEUP ERASER, nak buang segala jenis solekan sangat mudah. Hanya sehelai kain yang mampu membuang maskara kalis air, liquid eyeline, pemerah pipi, solekan tebal acara teater dan pentas serta solekan dari cat. 

Makeup Eraser. Foto - arkib Wanista.com
Makeup Eraser. Foto – arkib Wanista.com

Kain yang digunakan ialah 100% dari jenis poliester, amat lembut dan tidak akan menjejaskan permukaan kulit wajah. Apa yang bagusnya mengenai produk ini, ia membuang solekan dengan menarik kotoran, jadi tiada kesan-kesan solekan akan melekat semula dan sekaligus membersih wajah dengan satu cucian. Kulit sensitif, si pemakai kanta lekap dan yang mempunyai sebarang alergik tiada masalah bila menggunakan MAKEUP ERASER.

100% dari fabrik poliester. Foto - arkib Wanista.com
100% dari fabrik poliester. Foto – arkib Wanista.com

Serius jimat kalau ada MAKEUP ERASER ini, anda tak perlu lagi mengeluar kos untuk membeli kapas muka dan makeup remover. Panjang kain ini 15 sentimeter, anda boleh menggunakannya berulang-ulang kali tanpa perlu membasuhnya setiap hari, cuma gunakan sudut yang berlainan setiap kali buang solekan. 

Bungkusan kemas. Foto - arkib Wanista.com
Bungkusan kemas. Foto – arkib Wanista.com
Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Cara untuk menggunakan MAKEUP ERASER amat mudah, hanya 4 langkah:

  1. Basuh dahulu MAKEUP ERASER (bagi yang pertama kali)
  2. Basahkan MAKEUP ERASER dengan air atau air suam
  3. Perah lebihan air, kemudian lapkan diwajah anda. Solekan anda pasti tanggal!
  4. Setelah selesai, basuh semula MAKEUP ERASER.

Jangan risau setiap bungkusan MAKEUP ERASER akan disertakan dengan risalah cara penggunaan. 

Risalah menggunakan Makeup Eraser. Foto - arkib Wanista.com
Risalah menggunakan Makeup Eraser. Foto – arkib Wanista.com
Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Teruja untuk dapatkan MAKEUP ERASER? Bonus untuk anda Sephora kini melancarkan Sephora Holiday 2016. So, secara eksklusif anda boleh dapatkan MAKEUP ERASER hanya RM95 di semua butik Sephora seluruh Malaysia bermula 10 November ini! Atau dapatkan di laman rasmi Sephora Malaysia.

Penulis share satu video ringkas di Instagram Wanista, tutorial menggunakan MAKEUP ERASER.

View this post on Instagram

Pernah dengar pasal MAKEUP ERASER? Produk pembersih solekan yang serius mudah guna dan jimat. Wanista share cara guna MAKEUP ERASER yang memang senang, just lap sahaja dimuka dan kesan solekan terus hilang! Dapatkan di @sephoramy sempena Sephora Holiday 2016. Lebih banyak info mengenai MAKEUP ERASER di Wanista.com esok jam 5 petang 💗💐💗 #MakeupEraser #Tutorial #TutorialMakeupEraser #MakeupRemover #SephoraWonderGifts #SephoraMalaysia #Sephora #MakeupTutorial

A post shared by WanistaMY 🇲🇾 (@wanistadotcom) on Nov 17, 2016 at 2:24am PST

 

Tags: cara tanggalkan solekanMakeup Erasermakeup removerproduk kecantikan sephoraReview: Makeup ErasersephoraSephora Holiday 2016Sephora Holiday 2016 Collectionssephora malaysiaTak Sampai 60 Saat Kesan Solekan HilangTips Tanggal Mekaptips tanggalkan solekan
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Vogue
Kecantikan

Semangkuk Ais Jadi Rutin Kecantikan Bella Hadid, Apa Kebaikannya?

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

"Saya panggil teknik ini sebagai 'Ice Bath'"- supermodel Bella Hadid. Jika anda tertanya-tanya sama ada teknik ini berbaloi atau patut...

Baca Lagi
Foto - Healthline
Kecantikan

5 Skincare Berasaskan Teh Hijau, Bahan Superhero Untuk Jerawat Hingga Anti-Penuaan

by IamLisa
May 19, 2022
0

Teh hijau bukan sahaja selamat untuk minum setiap hari, tetapi juga selamat untuk menggunakannya dalam rutin penjagaan kulit harian. Dikenali...

Baca Lagi
Foto - Olaplex
Kecantikan

Tiada Lagi Rambut Bermasalah Dengan OLAPLEX No. 9 Bond Protector Nourishing Hair Serum

by IamLisa
May 19, 2022
0

Pendedahan yang berpanjangan kepada bahan pencemar, mengakibatkan rambut kusam dan tidak bermaya. Lindungi dan suburkan mahkota kamu dengan OLAPLEX No. 9...

Baca Lagi
Foto - Times of India
Kecantikan

#DIVAKongsi 5 Skincare Beri Wajah Bersih Berkilat Dengan Segera

by IamLisa
May 18, 2022
0

"Weh berkilatnya muka kau, apa rahsia? Kongsilah dengan aku." Best betul bila pakai produk yang buat muka kita bukan saja...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.