Seperti kanak-kanak yang berada dalam proses pembelajaran, IKEA sering mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kemahiran imaginasi serta kreativiti untuk sesuatu yang memberi manfaat.
Khas untuk semua, IKEA Soft Toy Drawing Competition kini kembali bersempena sambutan Krismas yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi. Bagi menjayakan acara tersebut, IKEA Malaysia mengundang kanak-kanak dari dalam kalangan ahli IKEA Family dan Smales yang berumur 12 tahun ke bawah untuk turut serta menghantar lukisan asli menarik. Penyertaan adalah percuma untuk semua.
Bagi yang belum menjadi ahli IKEA Family, anda juga boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma sebelum menyertai pertandingan hebat ini.
IKEA Soft Toy Drawing Competition bakal berlangsung pada 3 hingga 17 November 2016 secara serentak di IKEA Damansara dan IKEA Cheras . Setiap perkakas dan keperluan melukis akan disediakan di Bug House yang berlokasi di aras bawah gedung IKEA. Setiap lukisan boleh dihantar terus sebaik sahaja selesai melukis.
IKEA Soft Toy Drawing Competition adalah sebuah inisiatif yang dirangka oleh IKEA Foundation dengan matlamat untuk membaik pulih peluang serta memberi impak yang lebih besar kepada kanak-kanak dan individu yang kurang bernasib baik di seluruh dunia.
Dua puluh buah karya terbaik akan dipilih bagi menyertai pertadingan di peringkat antarabangsa menyaingi 100 lagi finalis dari negara lain sebelum hanya 10 karya unik yang akan diabadikan sebagai inspirasi untuk ciptaan permainan lembut edisi terhad baharu -bakal dijual di semua cawangan IKEA seluruh dunia.
Lukisan pemenang akan dipilih berdasarkan undian orang awam yang turut diadili oleh panel juri merangkumi wakil-wakil kakitangan IKEA sendiri. Sudahkan anak jati Malaysia bersedia untuk berimaginasi dan mewarnai nama negara di mata dunia menerusi pertandingan ini?
Pada penyertaan untuk tahun 2014 lepas, salah seorang peserta dari Malaysia, Terrence Wan telah terpilih sebagai 10 pemenag utama dan karya ciptaannya telah dijual di IKEA.
Untuk keterangan lanjut berkenaan IKEA Soft Toy Drawing Competition, sila layari family.ikea.com.my/en/2016/softtoydrawing