Rangkaian produk penjagaan kulit dan wajah semulajadi AESOP memperkenalkan koleksi kit hadiah bagi tahun 2016-2017 ‘Pursuits of Passion’. Sebanyak 6 kit yang dikeluarkan sempena musim perayaan ini, sesuai dengan sifat produk ini yang dari alam semulajadi AESOP secara eksklusif memperbaharui bungkusannya dengan ilustrasi khas dari pelukis dari Norway, Bendik Kaltenborn.
The Ardent Illustrator – Parsley Seed Skin Care (RM463)
Ilustrasi yang dipanggil The Ardent ini hasil adaptasi dari siri buku John James Audubon yang bertajuk The Birds of America. Penulis buku tersebut Genevieve Jones kemudiannya meninggal dunia selepas mengeluarkan siri yang pertama dan disambung semula oleh ibu beliau dengan ilustrasi burung didalam sangkar digelar Nests and Eggs of Birds of Ohio.
Didalam kit The Ardent ini, set lengkap trio penjagaan kulit dari kategori Parsley Seed yang sesui dengan semua jenis kulit. Parsley Seed Facial Cleanser 200ml, membuang kotoran, Parsley Seed Anti-Oxidant Serum 100ml memberi kelembapan ringan pada kulit dan Parsley Seed Anti-Oxidant Eye Serum 15ml, menyuburkan serta melindungi kulit halus disekeliling mata.
The Avid Explorer – a lavish Body Care (RM379)
Koleksi penjagaan tubuh yang membersih, melindungi dan melembapkan tangan dan badan dari Resurrection Aromatique Hand Wash 500ml, Resurrection Aromatique Hand Balm 75ml, A Rose By Any Other Name Body Cleanser 200ml dan Rejuvenate Intensive Body Balm 120ml. Kit The Avid Explorer ini dihasilkan dari ilustrasi dari sebuah perjalanan kehidupan Maria Sibylla Merian seroang ahli naturalis.
The Constant Gatherer – a refreshing Body Care (RM249)
Ilustrasi kit ini hasil dari rujukan Minikata Kumagusu, iaitu seorang pengembara yang telah mengembara ke Amerika Syarikat, Cuba dan United Kingdom untuk mengenali lebih dalam mengenai dunia. Beliau banyak menghabiskan masa dalam membuat kajian mengenai alam botani dan hasil tersebut diabadikan di Muzium Shiharama dan Arkib Minakata Kumagusu di Tanabe. Dua aroma kegemaran dari Aesop Body Care menjadi pilihan untuk kit ini: Geranium Leaf Body Cleanser 500ml dan Rind Concentrate Body Balm 120ml.
The Impassioned Wanderer – a nourishing Hair Care (RM253)
Kit trio untuk penjagaan rambut ini didatangi dengan 3 produk: Nurturing Shampoo 200ml dan Nurturing Conditioner 200ml sesuai untuk semua jenis rambut, serta Rose Hair & Scalp Moisturising Masque 120ml yang memberi kelembutan dan membaiki keadaan kulit kepala. Bekas kit ini dihiasi dengan ilustrasi dari kisah John Muir yang amat mencintai keindahan bentuk muka bumi.
The Intrepid Grent – a trio essentials for the well-groomed man (RM304)
Khas untuk kaum adam, kit lengkap untuk kegunaan harian, Fabulous Face Cleanser 100ml, Moroccan Neroli Post-Shave Lotion 60ml dan Coriander Seed Body Cleanser 200ml. The Intrepid Grent diambil dari ilham pergunugan Himalaya iaitu kisah dari Andrew Leith Adams seorang ahli fizik dari tentera Scotland yang banyak menghabiskan masa mempelajari tentang sejarah alam dan beliau warga Eropah yang pertama menjumpai The Birds of Cashmere and Ladakh.
The Persistent Collector – a complete Classic Skin Care regime (RM463)
The Persistent Collector, koleksi untuk penjagaan kulit wajah yang sesuai untuk semua jenis kulit yang lengkap dengan Fabulous Face Cleanser 100ml, B & Tea Balancing Toner 100ml, Camellia Nut Facial Hydrating Cream 60ml, Blue Chamomile Facial Hydrating Masque 60ml dan Face Cloth. Ilustrasi kit ini diambil dari kisah pakar geologi wanita pertama Etheldred Bennet yang telah banyak mengumpul fosil dari zaman dinosaur dan menghantarnya ke beberapa muzium di Britain dan menulis beberapa buah buku mengenai fosil.
Koleksi ini boleh didapati disemua store AESOP seluruh dunia atau secara online. Untuk maklumat lanjut layari, aesop.com atau kongsikan pendapat anda mengenai produk AESOP melalui laman sosial Twitter dan Instagram @aesopskincare dan #pursuitsofpassion.