‘Ya Tuhan..kamu ini memang pemalas, patut lah sampai sekarang belum ada teman lelaki’. ‘Sudah-sudahlah dengan sikap pemalas kamu itu’. Anda biasa dengar rungutan dari ibubapa atau dari ahli keluarga seperti tadi? Memang benarlah anda mempunyai sikap pemalas yang kronik. Iya, semua manusia diatas bumi ini ‘dianugerahkan’ dengan sikap malas, tapi tidakkah anda akan perasan lama-kelamaan anda akan mengecewakan orang sekeliling dengan masalah malas anda itu.
Tinggal 2 bulan lagi untuk tahun baru menjelang, inilah masanya untuk anda merencana azam baru. Jangan tunggu tahun baru, mula dari sekarang biar momentum itu kekal dan hey! Tanpa tunggu tahun baru, anda sudah berubah wajah kepada manusia lebih produktif. Jangan berangan dulu, jom ikut langkah dari Wanista untuk anda nyahkan sikap malas, lembik, lesu dan pelbagai lagi bisikan syaitan itu.
Fikirkan Yang Terbaik Untuk Diri Sendiri
Untuk memulakan sesuatu yang positif semuanya bermula dari fikiran yang positif. Yes, gunakan otak anda untuk menilai sesuatu yang terbaik untuk diri anda, Tidakkah anda teringin untuk bangun pagi menyediakan sarapan yang berkhasiat atau melihat bilik dan rumah dalam keadaan kemas? Cuba anda lihat diri anda sekarang dicermin, kalau masih berbaju tidur, alahai sedihnya…orang lain sudah bersiap cantik, kemas malah wangi untuk memulakan hari. Jadi tarik nafas sedalamnya, ambil aura positif dan lepaskan yang negatif. Okay, dah boleh pergi mandi dahulu. Hehehe…
Sediakan senarai tugasan harian dan fokus
Ambil pen dan buku nota sekarang! Senaraikan perkara yang anda ingin selesaikan, contohnya, ‘CUCI TANDAS – 1JAM’, ‘SIAPKAN ASSIGNMENT-2JAM’. Susun tugasan harian anda itu mengikut jadual masa yang teratur, jangan ingin selesaikan semua perkara pada hari yang sama dan jangan tunggu hari minggu untuk lakukannya! Jadikan hujung minggu untuk anda berehat atau bermalas-malasan. Siapa kata kalau dah tak nak jadi pemalas, tak boleh bermalasan. Masih bolehlah…cuma secara normal dan cara yang betul. Bila dah sedia senarai itu, cuba untuk fokus untuk setiap masa yang diperuntukkan. Hargai masa anda 🙂
JOM BELAJAR: Tips Pastikan Baju Dalam Almari Tidak Hapak
Cari Motivasi Diri
Cuba lihat sekeliling anda, dengan siapa anda bersama sekarang? Dimana anda berada sekarang? Apa sahaja yang bersama anda sebenarnya memberi pengaruh dalam kehidupan seharian. Jika anda selalu bersama dengan rakan atau golongan orang yang turut punya sikap pemalas. susahlah begitu. Apa kata, anda habiskan masa pula dengan orang-orang yang memberi motivasi atau bergaul dengan mereka yang sering menghabiskan secara produktif. Jika memang hidup anda tiada orang sebegitu, hehehe, cuba dekatkan diri dengan buku-buku motivasi, lihat idola atau selebriti yang berjaya sebagai langkah motivasi atau anda juga boleh dengar muzik catchy yang akan mempengaruhi mood dan cara anda berfikir.
Buang Tabiat Buang Masa
Jika anda banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen, melayari laman sosial Facebook atau Instagram sehinggakan tergendala segala kerja rumah, sudah-sudahlah tu.. Kalau anda rasa susah sangat nak buang ‘virus’ tersebut, penulis galakan anda buat sedikit kekerasan terhadap diri sendiri dengan membuang aplikasi media sosial tersebut di telefon pintar. Biar ia menggangu rutin biasa anda, dan digantikan dengan sesuatu yang lebih berfaedah. Pada mulanya mungkin rasa sedikit terpaksa tapi penulis percaya lama-kelamaan ianya akan berkesan dan mungkin anda juga akan mula lupa tentang tabiat buang masa anda. Uninstall now!
Nak atau tak nak untuk berubah, semuanya bermula dari kita sendiri? Anda juga kena faham malas dan penat dua perkara yang berbeza, jadi cukuplah beri alasan anda penat yer. Orang yang punya kesihatan, fizikal dan mental yang mantap, tiada istilah malas dalam diri mereka. Serius!
Fikirkan lah sesuatu yang terbaik untuk diri anda, keluarga, masyarakat malah negara!