Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Cara Bijak Tenangkan Bayi Kuat Meragam

by Afiqah Syamin
November 8, 2016
Foto -parenting.com

Foto -parenting.com

919
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Ibu bapa muda terutamanya sering kali bingung apabila bayi yang baru lahir itu meragam tidak tentu pasal. Sudahlah tidak tahu alasan releven mengapa bayi itu menangis meskipun susu yang cukup telah diberi serta lampin basahnya ditukar secara berkala, meragam pula tidak kena masa sehingga menganggu-gugat waktu tidur si ibu dan bapa yang ligat hendak bekerja keesokkan harinya. Wahai anak, kenapa ni?

Yang pasti, anda juga yang akan keletihan dan berasa tertekan kerana risaukan kondisi si bayi itu bukan? Mungkin teknik-teknik yang Wanista kongsikan bersama anda ini bakal buat anak anda lebih selesa. Setidak-tidaknya, bayi dapat berhenti meragam untuk satu malam yang kemudiannya akan buat anda lena semudahnya.

#1 Gerakkan Sesuatu

Kita semua harus jelas, bayi yang baru keluar dari rahim ibu sememangnya tidak biasa dengan kehidupan normal di dunia. Setelah sembilan bulan berada di dalam perut ibu, mereka umpama berlindung di dalam sebuah tempat yang rata-ratanya bising. Ini kerana organ dalam badan si ibu sentiasa bergerak melakukan pelbagai proses yang dituntut oleh tubuhnya, jadi apabila bayi tersebut harus tidur dalam keadaan normal yang senyap-sunyi, mereka jadi tidak biasa. Oleh itu, cuba letakkan permainan bergerak berdekatan katilnya disertai muzik tidur yang perlahan. Ini mungkin dapat membantu.

#2 Buaian

Bagus juga idea orang Asia ini. Kebanyakkan bayi akan tidur lebih cepat dan lebih lena apabila ditempatkan di dalam buaian. Ia memang berkesan.

#3 Belaian Bapa

Seperti ibu, belaian bapa juga kadang-kala dapat membantu. Cuba dakap bayi anda dengan selesa dan dodoikannya. bayi mungkin berasa lebih selesa apabila didakap oleh di bapa kerana tangan dan lengan bapa yang lebih tegap dan empuk berbanding si ibu. Jadi lepas ni, kaum bapa sekalian sila bangun dari lena untuk tenangkan anak anda yang meragam okay?

#4 Balut Bayi Anda

Rahim ibu adalah tempat yang agak hangat dan sempit, jadi untuk meniru keadaan itu, anda boleh balutkan bayi anda dengan kain yang selesa seperti kain batik agar anak itu berasa nyaman ketika sedang lena.

#5 Urutan

Seperti juga orang dewasa, urutan lembut diselangi sapuan losen beraroma (lavender) bisa membantu melegakan bayi yang sedang dalam keadaan tidak selesa. 

IKLAN

#6 Periksa Suhu Rumah

Bayi tidak boleh berada dalam keadaan yang terlalu sejuk mahupun panas. Jadi, cuba tentukan suhu rumah yang stabil. 

#7 Puting!

Janganlah terlalu kolot, ramai yang takut memberi puting kepada bayi baru lahir kerana dikhuatiri ia akan mempengaruhi tumbersaran anak itu. Jelas Akademi Pediatrik Amerika (AAP), tiada yang salah dengan cara itu. Bayi biasanya memang gemar menyedut dan akan mudah tenang bila disuap puting. Bayi itu sendiri akan kurang gemar menggunakan puting sebaik umurnya mencecah 7 bulan. Jadi, ibu bapa tak perlu risau. Jika itu menenangkan bayi anda, beri sahajalah kepadanya.

#8 Kawal Diet Ibu Yang Menyusukan

Jika anda menyusukan bayi, cuba kawal diet dan pemakanan anda. Bayi yang meminum susu badan anda mudah terpengaruh dengan makanan yang anda ambil. Elak mengambil kandungan susu asli, kafien, bawang serta mana-mana makanan yang mempunyai rasa kuat atau bau yang tidak menyenangkan.

#9 Kembung Perut

Ramai yang tidak tahu ada kalanya bayi menangis kerana perutnya dipenuhi gas tidak baik. Apa yang boleh anda lakukan:-

  • Telangkupkan badan bayi di atas riba anda sambil anda mengurut lebut bahagian belakang bayi secara menyeluruh.
  • Barungkan bayi dan gerakkan kaki bayi mengikut gerakan ‘mengayuh’ .
  • Jangan lupa untuk sendawakan bayi sebaik selepas menyusu.

#10 Kuasa Bunyi-Bunyian

Mengikut kaedah terapi, cuba pasangkan bunyi-bunyian alam seperti hujan, ombak, derua angin mahupun bunyi-bunyian di hutan untuk tennagkan bayi atau ketika ingin menidurkan bayi anda. Ia pasti membantu. Selain untuk bayi, anda juga bakal menerima kelebihan dari kuasa bunyi-bunyian ini. Lebih tenang jiwa anda!

Dah cuba semuanya tapi masih tak menjadi? Boleh rujuk video cara Dr. Robert Hamilton tenangkan bayi meragam. AJAIB!

SUMBER

Tags: Cara Terbaik Tenangkan Bayi Yang Kuat MeragamkeibubapaanPanduan Untuk Ibu BapaSifat Bayitips
Share368SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Sakit Bawah Ari-Ari? Ibu Mengandung Boleh Cuba Buat Begini
Keibubapaan

Sakit Bawah Ari-Ari? Ibu Mengandung Boleh Cuba Buat Begini

January 5, 2022
Sebut 3 Ayat ‘Magik’ Depan Si Kecil, Dia Akan Membesar Jadi Anak Yang Hebat
Keibubapaan

Sebut 3 Ayat ‘Magik’ Depan Si Kecil, Dia Akan Membesar Jadi Anak Yang Hebat

December 20, 2021
“Yes! Dah Buka Balik!”- Mak Ayah Perlu Tahu Ini Yang Best & Terbaru Di KidZania Kuala Lumpur
Keibubapaan

“Yes! Dah Buka Balik!”- Mak Ayah Perlu Tahu Ini Yang Best & Terbaru Di KidZania Kuala Lumpur

November 27, 2021
Keibubapaan

Anak Kerap Menangis Sampai Timbul Urat Hijau Antara Hidung & Mata, Apa Maksudnya?

November 23, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

  2. 2

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  3. 3

    #DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.