Dah bersenam ke hari ni?
Ha, nak turunkan berat badan memang memenatkan, tapi kalau tak bersusah-susah dahulu susahlah nak mendapatkan hasil bentuk tubuh idaman. Hendak cantik sememangnya perlu banyak pengorbanan… sayang. Jadi, bila dah cantik tu, anda akan beringat supaya tidak akan mensia-siakan usaha keras anda selama ini dengan mengekalkan kesihatan supaya kecantikan itu jelas berpanjangan. Seronok kan?
Walaupun begitu, dalam kesoronokkan anda kerana berjaya menurunkan berat badan, pasti ada satu benda yang merunsingkan. KULIT TUBUH MENJADI KENDUR, MENGGELEBEH DAN KELIHATAN TIDAK FIT. Hmm
Untuk menaikkan kembali semangat anda, apa kata teruskan membaca artikel yang Wanista sediakan ini, khas menyediakan tips berguna bagaimana anda boleh menegangkan kembali kulit tubuh selepas berat badan turun mendadak. Yuk!
#1 Jangan Turunkan Berat Badan Sekaligus
Kulit adalah organ terbesar yang ada pada badan manusia.
Tahukah anda bahawa purata berat kulit yang individu dewasa bawa setiap hari adalah lebih kurang 3.6 kilogram setiap seorang iaitu selebar 22 kaki persegi. Wahhh!
Jadi, jika anda menurunkan berat badan secara sekali harung akan membuatkan anda kelihatan buruk sehingga menyebabkan keadaan kulit menggelebeh. Oleh itu, sila turunkan berat badan secara berkala. Barulah kulit anda tidak akan terkejut dek kerana kehilangan tilamnya (lemak) secara mendadak. “One step at a time.”
#2 Guna Krim Penegang Sambil Mengurut
Krim penegang sememangnya akan berkesan jika anda melakukan sapuan urutan yang betul serta menggunakan produk krim yang berasaskan vitamin E dan A, Aloe Vera dan ramuan herba lain. Jika anda main sapu sahaja memang tidak akan jadi. Urut guna cara ini:-
#4 Hadkan Diri Dari Pancaran Matahari
Pernah dengar bahawa fakta pancaran UV dapat mengendurkan kulit? Jadi, janganlah berada di bawah sinaran matahari terlalu lama. Oh dan kalau boleh, elak juga dari selalu mandi air panas mahupun air yang mengandungi klorin seperti kolam renang. Senang cerita, elakkan apa sahaja yang akan mendedahkan kulit kepada suhu kepanasan yang tinggi okay?
#5 Skrub, Skrub, Skrub
Skrub adalah salah satu medium yang akan menggalakkan peredaran darah dalam tubuh. Saintis turut berpendapat bahawa ia dapat membantu menegangkan kulit sejurus selepas kehilangan berat badan yang kemudian akan menjadikan kulit lebih anjal! Gunakan skrub badan 2 hingga 3 kali seminggu, selain daki hilang, kulit juga akan menegang! Skrub kopi serta skrub yang berasaskan mineral seperti garam galian adalah terbaik!
#6 Cuba Senaman Berat
Senaman berat sebenarnya memang berkesan untuk menguatkan otot. Janganlah takut, penulis tak minta anda untuk memiliki badan ‘berketul’ seperti juara bina badan mahupun atlet lain, sebaliknya manfaatkanlah senaman berat tersebut untuk memiliki tubuh yang lebih fit dan tegap sedikit. Pasti lebih seksi persis Kate Hudson!
Baca Artikel: TIPS! IKUT CARA KATE HUDSON MILIKI TUBUH RAMPING DENGAN SENAMAN PILATES
#7 Tingkatkan Bendalir Dalam Badan
Nak kulit cantik mesti minum air yang banyak!
Dah banyak kali dicanangkan, anda harus minum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari. Paling baik, minum 3 liter sehari! Bila badan cukup hidrat dengan kandungan bendalir, kulit akan berseri dan tegang secara ajaibnya!
Baca Artikel: RAHSIA AWET MUDA : WAJAH KELIHATAN MUDA SELEPAS MINUM AIR KOSONG 3LITER SEHARI DALAM MASA SEBULAN
#8 Amalkan Yoga
Yoga banyak memasukkan elemen gerakan melentur dalam setiap langkah senamannya. Ia juga harus dilakukan secara relaks, perlahan dan sangat rapi. Jika anda amalkan senaman yoga, anda pasti terkejut betapa cepatnya badan anda menjadi fleksibel dan dalam masa yang sama kulit juga akan semakin menegang.
#9 Makan Makanan Mentah
Tidak, jangan salah faham. Maksud penulis, sila ambil banyak makanan mentah bernutrisi seperti sayuran segar tidak dimasak, buah-buahan dan mungkin juga ikan. Ada sesiapa suka sushi? 🙂
Kulit akan cepat menegang tau!
Baca Artikel: HEBAT! GERAKAN YOGA INI MAMPU HILANGKAN SELULIT
#10 Katakan Tidak Pada Jajan!
Nampak sedap, tapi ianya akan membawa bahana kepada anda. Berhenti makan jajan kerana selain ianya akan membuat anda ketagih, makanan yang tinggi dengan lemak akan menyukarkan kulit anda untuk pulih. Sejurus anda turun berat badan, jangan lagi mengambil makanan yang mengandungi lemak jahat seperti jajan okay?
#11 Guna Syampu & Sabun Bebas Sulfat
Sulfat (SLS) memang banyak digunakan dalam pembuatan sabun dan syampu kerana ia sejenis sumber yang murah dan bantu menghasilkan lebih banyak buih. Tetapi, sulfat sebenarnya akan membuatkan kulit terlebih kering, menyebabkan iritasi serta menjejaskan keanjalan kulit. Nak tegangkan kulit? Guna sabun dan syampu bebas sulfat seperti L’Oreal, St. Ives, Dove, Johnson’s, Ucerin, Burt’s Bees, Cetaphil, Herbal Essence dan banyak lagi.
#12 Mandi Air Bersih Sebaik Keluar Dari Kolam
Ramai kata berenang mampu kuruskan badan. Memang benar, tetapi apa yang lebih menakutkan adalah klorin sebenarnya menyerang keanjalan kulit dan akan menyebabkan kulit kendur serta kering. Pastikan anda membersihkan diri dengan rapi sebaik selesai berenang untuk meningkatkan kelembapan kulit kembali. Epp! Tapi jangan mandi air panas, guna air sejuk normal. Air panas juga akan menarik keluar minyak dan kelembapan baik yang dihasilkan kulit.
#13 Sapu Minyak Kastor!
Minyak kastor selalu digunakan dalam petua-petua kecantikan. Secara jujurnya, menyapu minyak kastor pada kawasan kulit kendur seperti perut, bawah lengan, punggung, peha dan betis memang menjadi untuk tegangkan kulit. Titiskan beberapa camca minyak kastor ke dalam beberapa camca jus lemon atau minyak lavender dan sapu ia pada permukaan kulit sehingga menyerap. Mesti kulit anda tegang nanti!
#14 Protin Soya!
Penulis pernah dengar yang soya ini baik untuk memantapkan aset wanita anda. Ehem! Jadi amalkan memakan soya kerana ia baik untuk menegangkan kembali kulit yang kendur selepas turun berat badan!
Dah tahu apa perlu buat? Selamat beramal!