Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia merupakan rakyat paling gemuk di Asia? Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2014, kira-kira 38.5% (11.55 juta) rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan 13.3% (3.99 juta) merupakan obes.
Sebenarnya, ia langsung tidak menghairankan kerana sememangnya rakyat Malaysia suka makan, penulis pun suka makan. Makan sudah menjadi sebahagian daripada budaya kita, sehinggakan kita sering mengatakan ‘Sudah makan’ atau ‘Sek Pau Mei’ ketika menyambut seseorang bagi menggantikan ‘Apa Khabar’.
Disebabkan itu, AJ Research and Pharma (AJRP) Sdn Bhd, sebuah syarikat penjagaan kesihatan dan sains hayat bersepadu memperkenalkan Vitroplus Cabloc, suplemen berat badan semula jadi yang membantu pengguna kekal sihat dengan selamat malah sebagai jalan pintas untuk kembali ke bentuk badan asal.
Vitraplus Cabloc adalah salah satu daripada suplemen penurunan berat badan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu dari segi kesihatan dan kecantikan. Ia dirumuskan dari lima bahan aktif seperti ekstrak raspberry, white kidney bean, green coffee bean, gymnema leaves dan prickly pear cactus stem.
Vitroplus Cabloc memberi manfaat kesihatan yang tinggi dan pemakanan telah diuji untuk membantu mengembalikan bentuk badan asal malah keadaan yang baik melalui karbohidrat, membakar lemak dan tinggi nutrisi.
Vitraplus Cabloc didatangi dalam 60 kapsul setiap kotal dijual dengan harga runcit RM138. Hanya 2-3 kapsul pada waktu pagi selepas sarapan diperlukan bagi pengguna untuk melihat perbezaan dalam masa lima minggu. Untuk kesan maksimum, Vitraplus Cabloc paling baik dimakan dengan diet yang seimbang dan aktiviti fizikal yang kerap.
Vitraplus Cabloc kini boleh didapati di Watsons dan semua farmasi terkemuka.