The Entertainer, ditubuhkan pada tahun 2001, adalah pembekal terkemuka yang menjalankan insentif ‘beli satu percuma satu’ di Timur Tengah, Afrika, Asia dan Eropah telah melancarkan Entertainer Malaysia 2017, di mana pelanggan kini boleh membeli hanya RM75, secara langsung dari laman web atau melalui aplikasi Entertainer.
Entertainer Malaysia 2017 menawarkan lebih 1,200 promosi ‘beli satu percuma satu’ untuk hotel-hotel, restoran, kafe, spa, pusat kecergasan, runcit dan banyak lagi. Serta, menyediakan dengan penjimatan eksklusif di tempat-tempat paling terkenal di negara ini seperti Tonkatsu by Ma Maison, Krispy Kreme, San Francisco Coffee, Phillip Wain, Mandara Spa dan banyak lagi nama lain.
Buat masa ini, Entertainer Malaysia 2017 boleh didapati dengan harga istimewa sebanyak RM75 (RM145). Selain daripada harga hebat ini, setiap pembelian Malaysia 2017 termasuklah Cheers Malaysia 2017, juga secara percuma.
Dengan pembelian semua produk, ahli-ahli Entertainer juga akan menikmati akses eksklusif ke ‘Hotels Worldwide’, yang merangkumi tawaran percuma ‘Buy One Night, Get One Free’ di lebih 500 hotel di seluruh Timur Tengah, Asia dan Afrika. Pilih dari hotel, resort, pangsapuri, penginapan dan sarapan juga rumah persinggahan di lebih 30 destinasi popular seperti Thailand, Vietnam, Dubai, Indonesia dan banyak lagi.
Hotel Worldwide termasuk jenama hotel antarabangsa seperti InterContinental, Marriott, Fairmont, Sheraton, Radisson, Sofitel, Shangri-La dan Hyatt. Sama ada anda mencari lokasi menenangkan di KL atau luar negara, Hotels Worldwide adalah tiket untuk penjimatan hebat.
Aplikasi Entertainer 2017 tersedia di iOs dan Android.