#IAMWHOIAM, kempen khas dari Charles & Keith yang bertujuan untuk meneroka bakat dan stail pada setiap individu bermula pada 1 November 2016. Kempen ini memaparkan elemen iaitu – Art, Design, Motion, Music, Fashion, Film dan Photography yang bertujuan untuk meraikan kreativiti dan inspirasi individu tersebut. Secara rasminya, Charles & Keith memilih Elizabeth Tan, Lenna Lim dan Sharifah Sakinah. Tiga individu tersohor dari Malaysia dengan ciri Music, Motion dan Film.
Elizabeth Tan
Elizabeth Tan penyanyi negara yang pertama kali buat kemunculan di Youtube dengan membuat nyanyian covers bersama ukelele miliknya. Pernah merakam album ketika usia 4tahun dan sehingga sekarang beliau tidak pernah berhenti meneroka dunia muzik dari muzik pop, jazz, rock malah electronic dance music (EDM). Elizabeth sering mengayakan style in edgy bersama aksesori statement sesuai dengan solekan mata smokey eyes.
Lenna Lim
Lenna Lim, pemenang tempat kedua kategori naib juara Miss Chinese International Pageant 2012 dan pelajar muzik yang kini terlibat dalam bidang lakonan. Pernah memegang watak utama didalam filem seram The Noise pada tahun 2015 dan siri drama TV , Unchainted Fate
Sharifah Sakinah
Memulakan karier didalam bidang lakonan sejak awal remaja dan kini beliau salah seorang bintang yang menyerlah selepas terlibat sama dalam filem Pekak yang berjaya sampai ke peringkat antarabangsa. Walaupun sibuk dengan tugasan lakonan, Sakinah fokus dalam penjagaan kesihatan dan gaya hidup akif. @fitnessakinah merupakan sebuah gim yang dibangunkan oleh beliau sebagai tanda minat dan dedikasi beliau terhadap projek kecergasan.
Kempen ini mengambil tempat di media sosial bermula 1 November hingga 15 November 2016, sebagai peraduan dimana pelanggan Charles & Keith memuat naik gambar di butik Charles & Keith dengan hashtags #IAMWHOIAM dan #CHARLESKEITH_MY untuk merebut peluang memenangi bekalan setahun koleksi kasut dari Charles & Keith. Peraduan ini sah untuk semua butik Charles & Keith di seluruh Malaysia kecuali butik yang berada di lapangan terbang, Alamanda, Paradigm, Aeon Station 18, 1st Avenue, Cheras Leisure Mall dan Vivacity Megamall.
Kempen ini juga menampilkan personaliti-personaliti antarabangsa lain dari pelbagai latar belakang dengan maksud #IAMWHOIAM dari negara India, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat dan Vietnam.