Siapa yang tak suka cendol? Sebagai orang Malaysia, anda semua mesti pernah menikmati cendol yang diramu dengan santan segar, sirap air gula melaka, disira pula di atas gumpalan ais kisar yang sejuk menyamankan bersama tambahan taburan cendol pandan kenyal, kekacang lembut, pulut mahupun durian.
Amacam? Terliur tak?
Orang kata, tak lengkap kalau makan rojak tanpa cendol. Nak-nak jika cuaca tengah panas, bila dapat hirup rasa lemak manis cendol tu mesti sedap! Jadi, apa kata Wanista senaraikan pilihan lokasi terbaik untuk anda dan keluarga mahupun bersama kenalan menikmati cendol yang paling kaw sekitar Malaysia!
#1 Rojak & Cendol Shah Alam

Cendol dah memang sedap, ditambah pula dengan ulas durian yang besar dan gebu macam tu! OMG! Siapa yang tak terliur? Istimewanya menu cendol di sini adalah setiap satu hidangan cendol akan dihidang dalam mangkuk besar, memang puas kalau makan. Tak kedekut langsung. Ni lah baru ikhlas namanya :)
Dan jika anda nak bungkus bawa balik rumah pun boleh! Paling penting, semua durian dikopek segar setiap hari!
Nak pekena cendol durian yang paling awesome? Boleh kunjungi Rojak & Cendol Shah Alam di Medan Selera Delima Seksyen 24.

Alamat: Medan Selera Delima Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor
No. Tel: 011-1156 4575 / 018-988 0157
Waktu Beroperasi: 12pm – 12am (tutup pada Isnin)
#2 Cendol Leleh

Kalau tadi ada Cendol Durian, kat sini pun ada Cendol Durian, cuma apa yang lebih menarik adalah hidangan cendol mangganya. Siapa kata mangga tak boleh dinikmati bersama cendol? Hmm agak unik bukan? RM2.80 je semangkuk! Eh, kuih-muih Melayu pun ada di sini tau.

Nah, kalau anda berada di sekitar kawasan Puchong, boleh singgah gerai cendol popular ni untuk nikmati hidangan cendol mangganya. Sekali-sekala hirup santan, apa salahnya. Lepas tu, balik rumah jalan kakilah ya untuk bakar kolestrol :P
Alamat: Cendol Leleh, Kampung Batu 14, Puchong
No. Tel: 018-281 1964
Waktu Beroperasi: 12pm – 5pm
#3 Cendol MAMI

Siapa kat Sarawak, jangan lupa pekena aneka pilihan cendol di Cendol MAMI!

Macam-macam hidangan cendol yang ada kat sini. Bukan setakat cendol asli, cendol yang telah diberi nafas baru pun ada. Cendol Milo, Cendol Buah Apong, Cendol Kacang Tumbuk, semuanya ada! Hipster kan?


Alamat: Nombor 19, Batu 2 1/2 Jalang Matang, 93050, Kuching, Sarawak
No. Tel: 012-896 0530
Waktu Beroperasi: 11.30am – 6.30pm
#4 Cendol Ah Keong

Para peminat cendol klasik, boleh datang ke kawasan Brickfields Kuala Lumpur. Kata orang cendol di sini sedap.

Selain cendol, hidangan pemanis mulut ABC juga mendapat tempat dihati para pengunjung yang singgah untuk membasahkan tekak. Apa tunggu lagi? Jom nikmati cendol yang dibuat oleh orang yang berpengalaman ini.
Alamat: Along Jalan Padang Belia, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia (bersebelahan 7E)
No. Tel: –
Waktu Beroperasi: 10am – 7pm setiap hari
#5 Ansari Famous Cendol

Ini adalah cendol terbaik yang ada di Taiping Perak. Tiada lagi keraguan sebab memang ramai yang dah pergi dan berpuas hati!

Anda pun jangan ketinggalan untuk merasakan kelazatan cendol ini. Kalau nak tahu sedapnya tu macam mana, kenalah pergi rasa dan lihat sendiri apa yang special sangat tentang Ansari Famous Cendol! Hmm nama pun dah ‘Famous’. Jadi, memang popularlah pun :)
Alamat: 92, Jalan Barrack, 34000, Taiping, Perak
No. Tel: 012-633 3641
Waktu Beroperasi: –
#6 Cendol Bakar Alor Gajah

Yang ni memang best, kalau agak-agak anda malas turun semata-mata untuk pekena cendol, boleh pandu lalu (drive thru) je tau!

Seperti yang kita semua sedia maklum, Cendol Bakar ni memang terkenal sejak dari dulu lagi, asalnya dari Kuala Selangor cuma yang ini cawangannya di Alor Gajah. Lokasinya memang strategik berhampiran pusat pengajian UiTM kampus Melaka, jadi memang ramai pelajar universiti suka lepak dan minum cendol di sini.

Sedap pun sedap, kawasan gerai pun nyaman je. Boleh rehat dan bersantai sambil minum cendol. Oh! Coconut Shake pun adalah :)

Alamat: Simpang Ampat, 78000, Alor Gajah, Melaka
No. Tel: –
Waktu Beroperasi: –
#7 Penang Road Famous Teochew Chendul

Seperti yang kita semua tahu, Penang adalah negeri yang terkenal dengan seleksi hidangan yang sedap-sedap belaka.
Selain seni bina bangunan lamanya yang klasik, Penang juga bakal memuaskan selera anda dengan bermacam makanan enak termasuklah cendol.

Jika anda ke Pulau Pinang, ringan-ringankanlah tulang untuk singgah di Penang Road Famous Teochew Chendul yang terletak di ibu negerinya iaitu Georgetown. Untung-untung boleh makan rojak dan laksa sekali! Sedapnya!
Alamat: 27 & 29 Lebuh Keng Kwee, 10100 Georgetown, Pulau Pinang
No. Tel: 04-262 6002
Waktu Beroperasi: Isnin-Jumaat 10.30am – 7pm / Sabtu & Ahad 10am – 7.30pm
Ha, berpinar tak mata tengok cendol-cendol di atas? Kalau dah teringin tu cepat-cepatlah pergi. Jangan dibiar kempunan pula.
Selamat mencuba!