Kang Gary secara rasminya mengucapkan selamat tinggal kepada Running Man.
Selepas enam tahun bersama Running Man, Gary mengucapkan selamat tinggal kepada program permainan realiti yang menjadi fenomena global itu.
Pengunduran bintang berusia 38 tahun itu diumumkan stesen SBS, yang memaklumkan keputusan Gary itu adalah bagi menumpukan semula perhatian terhadap kerjaya muziknya.
Selepas rakaman terakhir, Gary berkongsi gambar ‘keluarga’ Running Man di Instagramnya pada 31 Oktober dengan kapsyen:
“Thank you, ‘Running Man.’ I’ve been happy. You were the best moment of my life and I will not be able to forget you”
https://www.instagram.com/p/BMOcZOjFnqr/?taken-by=kang_gary8888&hl=en
Nampaknya selepas rakaman akhir, kesemua pihak produksi keluar makan bersama-sama ahli Running Man dan kakitangan.
Apapun, semoga karier muzik Gary lebih cemerlang dan semestinya Wanista tak sabar mahu mendengar muzik Gary.
https://www.instagram.com/p/BMF9hZDFBcB/?taken-by=kang_gary8888&hl=en
Selamat Tinggal Kang Gary!