Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Fesyen

Penting! 14 Benda Wajib Kena Ada Dalam Beg Tangan Wanita

by Afiqah Syamin
October 31, 2016
Foto -pinterest

Foto -pinterest

1.6k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tas atau beg tangan boleh dilabelkan sebagai ‘teman rapat’ seorang wanita. Tidak sah andainya seseorang wanita itu berjalan kemana-mana tanpa membawa keperluan asas yang dimuatkan dalam beg tangan. Ya, meskipun beg tangan itu bersaiz genit.

Namun begitu, pernahkan anda terfikir apa yang sepatutnya ada di dalam beg tangan seorang wanita selain gincu, wang tunai, kunci rumah dan tisu?

Teruskan membaca Wanista untuk lihat 14 benda yang wajib untuk dimuatkan dalam beg tangan seorang wanita. Untung-untung, mungkin ada di antara benda yang dapat menyelamatkan situasi kecemasan anda dalam satu-satu masa.

#1 Pin Keselamatan

Foto -alicekwartler.com
Foto -alicekwartler.com

Tiada siapa boleh jangka apa yang akan berlaku dalam sehari. Kadang-kala baju yang elok dipakai sebelum ke tempat kerja boleh koyak dengan tidak sengaja ketika waktu tengah hari. Penyelamatnya? Sematkan pin keselematan (safety pin) yang bersaiz genit di celah-celah bahagian baju yang koyak. Oh, mungkin juga digunakan untuk menyemat seluar anda yang telah tertanggal kancingnya. 

#2 Pita Pembalut (Plaster)

6a00d8341c6a0853ef01b7c7918361970b-800wi
Foto -pinterest

Bukan hanya bertujuan untuk melindungi luka di sekitar tubuh, ia juga bisa membantu tumit kaki anda tidak melecet kala memakai kasut tinggi yang ketat dalam jangka masa lama. Anda juga boleh menggunakan pita pembalut jenis lut sinar untuk menutup cela pada bahagian kulit yang terbuka jika perlu.

#3 Pin Tudung Lebih

Foto -AliExpress.com
Foto -AliExpress.com

Dalam roda kehidupan seorang muslimah, pin tudung dan jarum tudung adalah dua benda yang sering hilang tanpa kesan. Mengaku atau tak? Jadi, apa kata anda sediakan pin dan jarum tudung lebih sebagai gantian jika ia tercicir di mana-mana tnpa sedar. Sekurang-kurangnya anda boleh sediakan payung sebelum hujan. 

#4 Kertas Serap Minyak

Foto -Rafia's Fashion Diary
Foto -Rafia’s Fashion Diary

Jangan sesekali mengesat minyak dimuka dengan tisu! Ia sebenarnya akan menyebarkan kuman keseluruh muka dan tidak dapat menyerap lebihan minyak di wajah sehingga merosakkan solekan anda. Sebaiknya, gunakan kertas serap minyak (oil blotting paper)  yang boleh dibeli dari farmasi mahupun gedung kecantikan berdekatan. Tekap wajah yang berminyak dengan kertas serap minyak tersebut, nescaya ia pasti berkesan tanpa merosakkan solekan wajah! Terutama sekali di bahagian hidung, dagu, kelopak mata serta dahi.

#5 Pen Drive!

Foto -pinterest
Foto -pinterest

Khas untuk individu yang berkerjaya, gantungkan ‘pen drive’ pada rantai kunci kereta mahupun kunci rumah anda agar mudah untuk digunakan apabila perlu.Pasti lebih mudah untuk anda menyimpan mahupun berkongsi fail-fail dokumen kerja yang ada. Oh! Boleh juga dimuatkan dengan lagu-lagu kegemaran anda yang boleh disambungkan ke peranti USB di dalam kenderaan anda!

#6 Kantung Pemegang Kad

Foto -gsrs.com
Foto -gsrs.com

Hendak naik kenderaan awam guna kad, hendak bayar tol guna kad, hendak masuk pejabat guna kad, hendak isi petrol guna kad, hendak keluarkan duit di mesin ATM guna kad, hendak bayar barang pun guna kad? Ha, sudah berapa banyak kad yang anda ada dalam simpanan. Jadi, beli satu cardholder yang dapat digunakan untuk menyusun dan menyimpan rapi kad-kad penting anda. Lebih mudah, apabila anda mahu menggunakannya, keluarkan saja kantung pemegang kad tersebut tanpa perlu serabut menyelongkar ke seluruh genap beg tangan anda.

#7 Snek Sihat

Foto -New Health Advisor
Foto -New Health Advisor

Sarapan adalah waktu yang paling penting untuk di ambil kira, tanpa sarapan dikhuatiri badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Justeru, simpan snek-snek sihat seperti kekacang, biskut bijirin mahupun bar campuran bijirin (granola bar) di dalam beg tangan anda supaya anda boleh nikmatinya sama ada untuk mengalas perut mahupun ketika anda tidak sempat bersarapan di rumah. Efisyen kan?

BACA:  Jom Tengok Beg Tangan Yang Artis Korea Pakai, Semua Mahal-Mahal

#8 Power Bank

Foto -smartmobtech.com
Foto -smartmobtech.com

Alahai susahnya jika tiba-tiba telefon pintar habis bateri! Jadi untuk mengurangkan tekanan anda itu, ada baiknya anda bawa sekali power bank atau pengecas mudah alih yang bersaiz kecil supaya mudah digunakan untuk mengecas telefon pintar anda yang hampir mati itu pada bila-bila masa meskipun berada di luar bangunan yang mempunyai sambungan soket. Dah bawa power bank tu jangan lupa kabelnya sekali!

#9 Pen Pemadan Kotoran

Foto -Walmart
Foto -Walmart

Seperti yang penulis canangkan awal tadi, kita tidak tahu apa yang akan terjadi dalam satu hari. Mana tahu jika baju anda terkena percikan kari sebelum masuk ke bilik mesyuarat, bolehlah anda memadamkan kesan kotoran tersebut dalam masa yang singkat dengan pen pemadam kotoran ini. Jika bukan untuk anda sekalipun, mungkin anda boleh pinjamkan ia pada rakan sekerja atau bos anda yang memerlukan! Mereka pasti berterima kasih :)

#10 Krim Penyembuh

Foto -MujerGlobal
Foto -MujerGlobal

Menurut majalah wanita Cosmopolitan, krim Aquaphor dari jenama Eucerin ini mempunyai 20 kegunaan hebat! Anda boleh melembapkan kulit dengannya di samping menggunakannya sebagai pembersih solekan serta sebagai pelembap bibir juga!

#11 Beg Genit Berzip

Foto -pinterest
Foto -pinterest

Gunakan beg genit berzip berlainan saiz sebegini untuk menyimpan dan mengurus barangan anda mengikut kategori. Contohnya bahagikan barangan anda kepada mekap, perkakas kerja serta resit.

#12 Cecair Tangan Penyah Kuman

Foto -Bath & Body Works
Foto -Bath & Body Works

Hand sanitizer sering menjadi keperluan penting yang ada di dalam tas tangan wanita-wanita barat. Mereka amat mementingkan kebersihan diri dan sering merasa ragu dengan ancaman kuman bahaya di tempat-tempat awam. Jika anda sering terkena jangkitan selsema, batuk mahupun penyakit-penyakit lain, ada baiknya anda membawa hand sanitizer bersama. Gunakannya setiap kali selepas memegang fasiliti awam dan selepas keluar dari tandas. Jika tiada sumber air sekalipun, anda boleh cuci tangan anda menggunakan cecair likat khas ini sebelum makan menggunakan tangan.

#13 Gula-Gula Penyegar Mulut

Foto -Crazy Tea Chick
Foto -Crazy Tea Chick

Kebersihan oral juga harus diutamakan. Jika anda malas memberus gigi selepas menikmati makan tengahari di pejabat sekalipun, cuba kemam gula-gula yang mengandungi menthol atau mint supaya nafas anda sentiasa segar sepanjang hari.

#14 Tisu Poket

Foto -sbpapel.com
Foto -sbpapel.com

Sudah tahu selsema tu, janganlah pula buat-buat lupa bawa tisu sendiri. Takut-takut terlepas bersin depan orang nanti malu pula. Selain untuk mengelap kekotoran, tisu juga boleh dijadikan kain untuk mengalas tempat duduk anda di tempat-tempat yang meragukan seperti di perhentian bas mahupun di tempat-tempat awam yang lain. Jadi tiadalah kain atau seluar anda itu kotor dek terkena debu atau sebagainya.

#15 Wangian Roll-On

Foto -Avenue Calgary
Foto -Avenue Calgary

Jadilah insan yang bijak, dari membawa botol minyak wangi besar yang bakal memberatkan beg tangan anda, lebih baik anda cari versi minyak wangi kegemaran yang sama dalam bentuk roll-on untuk dibawa bersama ke mana sahaja. Jika tiada dalam bentuk roll on, bahagikan cecair wangian itu di dalam botol isian travel.

Bonus!

Foto -Ulta
Foto -Ulta

Agak bahaya jika anda membawa gunting di dalam beg tangan. Jika anda cukup bijak, anda boleh bawa ketip kuku yang turut boleh berfungsi sebagai gunting, memotong lebihan benang yang tertanggal dari baju anda.

Kekal selamat dan cantik pada bila-bila masa dan di mana jua okay? Selamat beramal!

SUMBER

FILED UNDER aksesoriBarangan WanitaBeg Tangan WanitaBenda Yang Harus Ada Dalam Beg Tangankeperluan wanitapanduanPerkakastas tangantips untuk wanita
Share634SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.