“Ish perut ni tak kenyang-kenyang ke, mulut ni pula asyik nak mengunyah!”
Pernah mengalami situasi seperti di atas? Anda mungkin menghadapi masalah dengan tindak balas tubuh sehingga ia memaksa anda untuk mengambil makanan secara berlebihan tanpa boleh dikawal.
Ada orang akan menjawab secara tenang, “Hmm aku nak datang bulan ni, sebab tu asyik rasa lapar je”. Ya, itu mungkin kerana anda sedang menghadapi perubahan hormon yang mendadak. Tetapi, bagaimana pula selepas tempoh datang bulan anda tamat? Adakah “period” masih merupakan punca anda sering lapar? Musykil bukan?
Ini 10 sebab mengikut fakta saintifik perubatan mengapa perut anda sering berasa lapar tidak tentu masa.
#1 Kemurungan
Makan sering saja dikaitkan dengan orang yang sedang mengalami kemurungan serta masalah tekanan jiwa. Ini mungkin kerana seseorang individu itu tidak mempunyai hormon ‘gembira’ yang digelar serotonin dengan cukup dan dengan mengambil makanan yang mengenyangkan seperti roti mahupun pasta sekurang-kurangnya dapat meringankan keresahannya, jelas Holly Lofton yang merupakan seorang doktor pakar dalam pengurusan berat badan.
“Tiada sesiapa yang akan memakan sebiji tomato mahupun sebatang sayur saderi ketika dirinya dirundung kesedihan”, tambahnya.
#2 Tekanan
Amarah akan membuatkan hormon tekanan yang digelar kortisol mengalir di seluruh pelusuk tubuh yang kemudiannya akan mempengaruhi anda untuk makan. Walaupun secara amnya anda tidak berasa lapar, jelas Shanna Levine.
Ternyata anda langsung tidak memerlukan kalori waktu itu namun hormon ‘jahat’ tersebut akan memberitahu otak anda yang bahawasanya anda belum cukup makan. Sebab itu sering kali kita lihat orang yang berada dalam keadaan tertekan makan dengan banyak tanpa sedar.
#3 Gejala Hyperthyroidism
Anda makan banyak tetapi masih kurus dan sukar untuk meningkatkan berat badan? Nah, anda mungkin mengalami masalah Hyperthyroidism. Hyperthyroidism adalah sejenis gejala di mana kelenjar tiroid anda menghasilkan sejenis hormon secara berlebihan sehingga memaksa tubuh anda untuk mengambil sebarang makanan dengan berlebihan.
Tiroid adalah organ endokrin (hormon) yang akan mempercepatkan segala proses yang berlaku di dalam badan dan jika metabolisma anda aktif bermakna ia secara tidak langsung akan meningkatkan selera anda sekaligus menjadikan anda lapar senantiasa.
Tanda lain yang boleh diukur jika anda sedang menghidap Hyperthyroidism adalah rambut gugur, kuku rapuh, lekas berasa letih dan lesu serta mood yang tidak menentu.
#4 Obesiti
Makan secara berlebihan akan meningkatkan berat badan. Tetapi sebenarnya penyakit itu juga akan membuatkan anda bertambah lapar tahu?
Lemak yang berlebihan akan meningkatkan kadar insulin dalam badan secara mendadak seterusnya menjadikan selera anda bertambah-tambah!
Bukan itu sahaja, sel lemak juga akan menjadikan badan anda tidak sensitif pada rasa kekenyangan. Ha, sebab itu meskipun anda obesiti, anda tidak pernah rasa kenyang. Takut tak?
#5 Hypoglycemia