Sebagai sebuah negara yang makmur, pusat membeli-belah terkemuka yang tersergam indah di tengah-tengah Bukit Bintang, Pavilion Kuala Lumpur buat julung kalinya mengadakan sambutan Deepavali secara besar-besaran yang bertemakan Beauty In Unity.
https://www.instagram.com/p/BL-ICOWhOau/?taken-by=wanistadotcom
Bersempena sambutan Pesta Cahaya yang bakal berlangsung Sabtu (29 Oktober) ini, nikmati kemeriahan berganda yang diserikan dengan persembahan tarian Bollywood 1 Malaysia serta servis-servis jualan berjenama di Baazar Kecantikan antaranya termasuk sentuhan solekan percuma dari Bobbi Brown, seni rias kuku istimewa untuk sambutan Deepavali yang bermula pada RM5 untuk satu jari, khidmat nasihat serta urutan tangan percuma dari Swiss Perfection Boutique Spa, cetakan gambar Fujifilm Instax percuma serta dandanan rambut percuma oleh Panasonic Beauty. Kesemua servis menarik ini hanyalah terhad kepada 100 orang pengunjung terawal!
Selain Baazar Kecantikan, tarikan utama yang dapat dilihat di Aras 2, Pavilion Kuala Lumpur adalah rekaan kolam atau rangoli terbesar oleh para pelajar reka cipta Raffles College yang kreatif mengetengahkan corak berseni kompleks mewakili setiap satu bangsa di Malaysia serta simbol kepada keharmonian dalam masyarakat yang berbilang budaya.
https://www.instagram.com/p/BL-OU73h7lW/?taken-by=wanistadotcom
Itulah yang cuma dipamerkan oleh konsep ‘Beauty In Unity’ yang membawa erti keindahan di dalam kebersatuan. Sesungguhnya kita sebagai rakyat Malaysia harus bangkit membina dan merealisasikan mimpi untuk bersatu tenguh sesama bangsa agar Malaysia bisa menjadi tempat yang lebih aman dan makmur untuk kebaikkan semua.
Sila layari www.pavilion-kl.com untuk keterangan lanjut.