Siapa sini lebih suka menggunakan gincu matte? Ya, gincu bibir jenis matte boleh dikatakan menjadi trend dan kegilaan gologan wanita hari ini. Tekstur gincu yang tidak berkilau dan lebih tahan lama di bibir membuatkan kenapa gincu bibir ini menjadi pilihan. Tetapi ada juga individu yang kurang menggemari gincu matte kerana ia boleh membuatkan bibir kering, benarkah?
Selamat tinggu gincu matte kusam yang mengeringkan bibir! Kerana revolusi matte terunggul kini tiba untuk menyelamatkan penampilan malah bibir bak Kylie Jenner juga mampu dimiliki.
Clinique menambah dus formula bibir untuk keluaran Pop yang baharu – Clinique Pop™ Matte Matte Lip Colour + Primer dan Clinique Pop™ Liquid Matte Lip Colour + Primer. Tidak seperti matte yang biasa membuatkan bibir kering merekah, formula ini langsung tidak mengeringkan malah memberi lembapan serta menawarkan pigmen.
Untuk Clinique Pop™ Matte Matte Lip Colour + Primer, formula yang ringan, mudah dan selesa apabila dipakai. Ianya memberi kelembapan walaupun dipakai untuk jangka masa yang lama, tekstur suede seperti kemasan matte.
Clinique Pop™ Liquid Matte Lip Colour + Primer adalah gincu cecair hibrid yang mengandungi gabungan minyak memanjakan bibir dan antioksidan seperti minyak avokado, minyak bunga matahari dan vitamin E. Ia pertama kali digunakan sebagai cecair dan secara beransur-ansur berkembang menjadi kemasan matte, juga mampu tahan sehingga lapan jam.
Koleksi ini boleh didapatkan di semua kaunter Clinique di seluruh dunia dan dalam talian dengan harga RM83 setiap satu.