Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Dekorasi

Colorful India: Warna-Warni Deepavali Untuk Kemeriahan Berganda Bersama Dulux

by Afiqah Syamin
October 25, 2016
Foto -tumblr

Foto -tumblr

6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pesta Cahaya atau Deepavali disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia bagi meraikan kemenangan terhadap kejahatan serta bagi mensucikan diri mereka daripada kegelapan rohani. 

Seperti perayaann-perayaan yang lain, Deepavali juga menerapkan amalan untuk menghias rumah. Malam sebelum perayaan disambut, kaum keluarga akan mula menghias bahagian dalam dan luar rumah, menyemarakkan nyalaan lilin dan pelita yang merupakan simbolik kepada keserian dan keharmonian rumah tersebut.

Foto -Indian Express
Foto -Indian Express

Tidak kurangnya, ada juga sembilangan keluarga yang gigih membuat pengubahsuaian terhadap bahagian-bahagaian rumah yang tertentu sebelum hari perayaan tiba sebagai pesiapan menyambut tetamu dan sebagainya. 

Foto -matrixbricks.com
Foto -matrixbricks.com

Untuk pengetahuan anda, apa yang lazim orang lakukan untuk menaikkan seri rumah secara langsung adalah dengan menukar warna cat rumah. Ini adalah cara yang paling senang untuk diterapkan dalam mewujudkan satu kediaman yang bukan sahaja selesa dan bersesuaian dengan konsep tata rias yang dipraktikan malahan juga mampu menyumbang impak yang besar terhadapa perubahan yang ketara dan lebih menarik! Kosnya juga tidak memakan bajet yang besar.

lilili

Ayuh ikuti tips kembara Dulux menyelami kota India bagi membawa seisi warna-warni yang diinspirasi dari bumi yang kaya dengan pelbagaian resam tersebut ke kediaman anda.

#Rajasthan

Foto -Roads Less Travelled
Foto -Roads Less Travelled

Rajasthan adalah sebuah daerah di India yang memiliki 1001 binaan kubu serta istana lama. Ia sering menghiasai latar-latar video muzik dan filem-filem Bollywood yang berkonsepkan era Mogul. daerah itu dahulunya diperintah oleh para Maharaja ternama di mana kota-lama yang masih tersergam indah itu rata-ratanya diwarnai dengan rona tanah bersifat natural.

Foto -pinterest
Foto -pinterest

Palet rona suam adalah amat sesuai untuk diterapkan ke bahagian ruang tamu serta ruang makan dalam rumah. Ia sedikit sebanyak bisa mempengaruhi mood tetamu untuk sentiasa berasa selesa dan nyaman. Selain itu, rona suam natural juga mudah untuk dipadankan dengan bermacam warna perabot. Kini anda boleh berjimat, menggunakan pelbagai perabot yang terdiri dari pelbagai warna berlatarkan dinding rona perang mahupun coklat terang. 

#Agra

Foto -Savaari
Foto -Savaari

Agra adalah rumah kepada tempat berdirinya Taj Mahal, merupakan antara salah satu bangunan yang tersenarai sebagai 7 keajaiban duni (7 Wonders of The World).

Taj Mahal siap dibina pada tahun 1653 seperti yang diperintahkan oleh Shah Jahan iaitu Maharaja Mughal Kelima di India khas untuk dijadikan makam isteri keduanya, Mumtaz Mahal.

toooo

Jika anda berjiwa romantis, tidak perlu was-was untuk mengambil inspirasi dari rona Taj Mahal ke kediaman anda. Warna putih seperti marmar yang digunakan untuk membina Taj Mahal mahupun warna biru seperti air di Yamuna River, akan menaikkan seri bilik anda. Manfaatkan cat dari siri Dulux Light & Space yang dapat mengimbangi cahaya di ruangan tertentu, memperlihatkan suasana bilik lebih terang serta tampak luas serta-merta.

#Barang Kemas

Foto -bluenotes.anz.com
Foto -bluenotes.anz.com

Tidak sah rasanya wanita-wanita India untuk tidak menggayakan pakaian tradisi mereka tanpa perhiasan berkilau seperti barang kemas yang dipakai di kepala, anting-anting, cincin, gelang dan sebagainya. Ya, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan seperti Diwali.

Emas adalah simbol kemewahan yang mula diterapkan ke dalam kehidupan masyarakat India, meraih populariti sekitar pemerintahan Empayar Mughal. Masyarakat India percaya bahawa pemakaian emas akan menjadikan diri dan mereka lebih dekat dengan dewa Lakshmi (dewa harta, kekayaan dan kemakmuran), terutama sekali ketika perayaan Diwali atau Deepavali. 

Foto -Dulux
Foto -Dulux

Bersempena Deepavali, jangan lupa serikan dinding utama dalam rumah dengan cat rona Monarch Gold. March Gold telah meraih anugerah Colour of the Year 2016 dari AkzoNobel dan ia merupakan warna emas paling mahsyur dan mudah untuk diterapkan ke dalam kediaman impian anda. 

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.dulux.com.my atau lawat laman Facebook rasmi Dulux Malaysia di www.facebook.com/DuluxMalaysia

Tags: AkzoNobelCat Dinding Rumahcat rumahDeepavali 2016dekorasiDiwali 2016duluxdulux malaysiaKediamanMasyarakat IndiaPanduan Memilik Warna Cat Untuk Rumahpenganut hinduPerayaan Pesta CahayaPersiapan DeepavaliPesta Cahayataj mahaltipsWarna Cat Yang Sesuai Dengan Rumah
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Youtube
Dekorasi

Cantik Betul Deko Kondo Sandara Park, Warna-Warna Ceria Sesuai Untuk Gadis Bujang

by IamLisa
January 4, 2022
0

"Akhirnya saya mempunyai rumah dan hidup sendiri!" Sandara Park, idol yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia merupakan salah seorang ahli...

Baca Lagi
Foto - Cosentino
Dekorasi

Cantiknya! Melinda Looi Kongsi Idea Rekaan Dalaman Rumah Dengan Koleksi Ethereal By Silestone

by Opie Azizlan
November 29, 2021
0

Seiring dengan pelancaran Ethereal by Silestone, syarikat Cosentino telah bekerjasama dengan pereka fesyen dan pengasas Bespoke ID iaitu Melinda Looi....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Dekorasi

Macam Ini Baru Cantik! Tips Deko Bilik Tidur Merah Jambu Untuk Si Gadis

by IamLisa
October 28, 2021
0

Merah jambu, warna pilihan si gadis ini bukan sahaja mempunyai ciri sejuk dan lembut malah mampu membuatkan kamar tidur tampil...

Baca Lagi
Foto - FB Tips Hias Rumah
Dekorasi

Hati-Hati Dengan Kipas Jenama Deka, Boleh Patah Secara Tiba-Tiba

by IamLisa
October 5, 2021
0

Bayangkan sedang sedap anda tidur tiba-tiba ada benda patah dan jatuh ke lantai, menakutkan... Wanita yang dikenali sebagai Sarina Basir berkongsi...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.