Anda penggemar coklat KitKat? Ini ada berita baik!
Jenama coklat nombor satu di Malaysia, KitKat, melancarkan pengalaman membuat coklat mengikut pesanan pelanggan yang pertama di Malaysia. Kedai konsep KitKat “Chocolatory” akan memberi peluang kepada orang ramai untuk terlibat dengan jenama ini dalam mencipta sendiri jejari KitKat yang lazat, mengecurkan dan penuh dengan beraneka jenis campuran ramuan di kedai konsepnya di Mid Valley, Megamall.
KitKat “Chocolatory” memberi peluang kepada penggemar coklat untuk mencipta KitKat mereka sendiri daripada pilihan 16 ramuan premium seperti kepingan cili yang pedas, karamel “chewy”, daun teh hijau senchia kikusui dan lain-lain ramuan lazat untuk menghasilkan sehingga 10,000 jenis rekaan tersendiri. Penggemar coklat boleh memilih daripada beraneka jenis kotak hadiah yang boleh diperincikan dengan nama mereka, dan mereka juga boleh melampirkan mesej peribadi serta reka bentuk yang dicetak pada pek, yang menjadikannya cenderahati yang cukup unggul.
Cara-cara untuk ‘mencipta’ KitKat anda sendiri:
- Pengguna boleh memilih sehingga tiga ramuan berbeza untuk menjadikan fantasi coklat mereka satu realiti dengan jejari KitKat mereka sendiri, dengan merealisasikan ciptaan mereka di depan mata mereka sendiri.
- Untuk memperkemaskan proses rekaan bagi pelanggan, beberapa tablet akan diletakkan di serata kedai untuk memudahkan proses pembuatan, pesanan dan pembayaran.
- Di samping mencipta KitKat mereka yang tersendiri, pengguna juga akan disajikan dengan lima jenis perisa luar biasa dari Edisi Khas KitKat yang unik setiap bulan seperti perisa tempatan iaitu Nasi Lemak dan raja segala buah yang begitu popular iaitu Durian; Café Latte untuk penggemar kopi; Banana Cluster Caramel, dan Orange, Pineapple & Pecan dan banyak lagi.
KitKat “Chocolatory” juga membolehkan pelanggan berada di hadapan dengan memesan jejari KitKat yang disesuaikan untuk mereka secara atas talian untuk penghantaran ke rumah yang dibawakan secara eksklusif oleh 11street .
Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat “Chocolatory” Malaysia, layari www.kitkat.com.my.