Ya, melukis celak pada mata atau eyeliner sememangnya bukanlah perkara mudah bagi seorang amatur yang baru sahaja berjinak-jinak dengan teknik solekan. Walaupun belajar menerusi tutorial tetapi eyeliner tetap masih bengkang-bengkok, kiri dan kanan dilihatnya berlainan.
Terima Kasih kepada helah genius ini kerana sekarang mata anda akan kelihatan seperti mendiang Amy Winehouse.
Memperkenalkan Vamp Stamp, alat yang sangat mudah untuk mencipta cat eyeliner yang sempurna hanya dalam satu saat sahaja. Hah, mudahnya!
Bagaimana nak menggunakan Vamp Stamp? Pada dasarnya ia adalah rubber stamp dengan pelapik cecair sebagai ‘dakwat’. Setiap stamp mempunyai penghujung pada kiri dan kanan untuk setiap mata masing-masing. Jadi, anda hanya perlu bentukkan eyeliner seperti biasa dan untuk menambahkan winged, anda hanya perlu ‘cop’ sahaja Vamp Stamp di penghujung mata. Sekarang cat eyeliner terus sempurna! Fahamkan? Bukan itu sahaja, Vamp Stamp boleh didapati dalam dua saiz untuk menampung bentuk mata yang berbeza.
Video untuk lebih faham.
https://www.instagram.com/p/BLrPQwtApTP/
Walaubagaimanapun, The Vamp Stamp tidak boleh didapati selama beberapa bulan. Buat sementara waktu, anda boleh cuba beberapa helah genius solekan eyeliner yang ini terlebih dahulu.
Ingat Practice Makes Perfect!