Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jenama jam tangan mewah Hublot, baru-baru ini bertempat di Suria KLCC, telah berlangsungnya All Black Party untuk meraikan kemegahan generasi jam tangan versi All Black janaannya.
Acara tersebut dimeriahkan oleh kehadiran tetamu-tetamu kehormat merangkumi nama-nama besar seperti Ketua Pegawai Eksekutif jenama Hublot, Ricardo Guadalupe, para sosialit serta selebriti tempatan. Selain pameran jam tangan, Hublot juga buat julung kalinya telah membangunkan satu gedung Pop-Up yang diinspirasi dari kesemua koleksi jam tangan dari siri All Black, berlangsung dari 5 hingga 16 Oktober ini.
Orang awam serta para pengumpul jam tangan mewah diajak untuk turut serta dalam acara yang gilang-gemilang ini sambil mengimbau memeori saat pertama kali jam tangan Hublot siri All Balck diperkenalkan sejak tahun 2006. Tidak ketinggalan, sebaik melangkahkan kaki ke gedung Pop-Up Hublot All Black ini, jangan ketinggalan untuk merakam aksi girang anda di dalam All Black Room untuk memlayakkan anda memenangi seutas jam tangan mewah yang pasti dapat menyerlahkan aura eksklusiviti si pemakai.
Untuk keterangan lanjut bagaimana anda boleh menyertai peraduan All Black bagi memenangi seutas jam tangan mewah, sila layari www.facebook.com/thehourglasswatches.