Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Harumkan Nama Negara, UIAM Juara Debat Parlimen British Asia

by Afiqah Syamin
October 14, 2016
Ameera Natasha Moore (barisan atas, tengah) dan Mubarrat Wassey (barisan bawah, dua dari kiri) mengharumkan nama negara apabila menjuarai Pertandingan Debat Parlimen British Asia. Sumber -BH Online

Ameera Natasha Moore (barisan atas, tengah) dan Mubarrat Wassey (barisan bawah, dua dari kiri) mengharumkan nama negara apabila menjuarai Pertandingan Debat Parlimen British Asia. Sumber -BH Online

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pasukan pendebat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengharumkan nama negara apabila menjuarai Pertandingan Debat Parlimen British Asia mengetepikan 79 pasukan dari universiti Asia, di Universitas Prasetiya Mulya, Jakarta, Indonesia, semalam.

Pejabat Komunikasi Korporat UIAM dalam satu kenyataan berkata, UIAM yang diwakili pelajar jurusan ekonomi, Mubarrat Wassey dan Ameera Natasha Moore (jurusan undang-undang) turut menerima anugerah tempat pertama dan kedua pendebat terbaik keseluruhan.

Dalam pertandingan akhir membabitkan empat penjuru itu UIAM muncul juara mengetepikan tiga institusi pengajian tinggi dari Singapura iaitu Singapore Management University (SMU), Nanyang Technological University (NTU) dan Yale-NUS College(YNC).

Pertandingan kali ini menggunakan format perdebatan Parlimen British yang menyaksikan empat pasukan berentap satu sama lain dengan dalam pusingan akhir, UIAM mempertahankan usul.

UIAM menghantar dua pasukan pendebat termasuk pasukan debat kedua dianggotai Ahmad Syarifuddin Ahmad Fakhri dan Sara Abdul Rahim yang turut tersenarai sebagai penerima anugerah 10 Pendebat Terbaik Kejohanan.

Kemenangan itu menyaksikan universiti itu mencatatkan tiga kejayaan besar dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini termasuk Australasian Intervarsity Debating (Australs) pada Julai lalu dan United Asian Debating (UADC) pada Jun lalu.

Kejayaan itu menjadi inspirasi kepada pendebat universiti itu untuk mencapai sasaran menjuarai Pertandingan Debat Universiti Dunia (WUDC) yang bakal berlangsung pada Disember ini.

SUMBER

Tags: beritaisu semasaKejohanan Debat Parlimen British Asiapelajar universitiUIAMUIAM Juara Debat Parlimen British AsiaUniversiti AwamUniversiti Di MalaysiaUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Sofie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Sofie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.