Tahukah anda, penyahhidaratan kulit adalah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan wanita, tanpa mengira usia atau jenis kulit. Ketika usia masih muda, permukaan kulit terasa kering dan kasar apabila disentuh tetapi sekiranya dirawat, ia akan kembali sihat dengan segera.
Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, bahagian kulit yang kasar tersebut adalah bahagian pertama yang mudah terdedah kepada kesan penuaan. Malah, kekeringan pada lapisan dermis adalah tanda-tanda utama penuaan. Jenis penuaan ini disebabkan oleh gangguan dalam proses pematangan sel-sel epidermis.
Menurut Cik Geraldine Yap, Pengurus Pendidikan KOSÉ Malaysia, punca di sebalik masalah ini adalah “sel-sel penuaan”.
“Sel-sel penuaan” wujud apabila fibroblas dalam lapisan dermis berhenti membesar disebabkan oleh pengaruh penuaan dan tekanan pengoksidaan. Sel-sel penuaan ini berkembang dan merembeskan faktor-faktor yang memudaratkan kulit (sitokin, seperti IL-6) untuk mengganggu kitaran kematangan sel-sel epidermis, seterusnya membantutkan kematangannya.
“Apabila ini berlaku, sel-sel tidak matang akan terbentuk pada lapisan permukaan kulit, menyebabkan kulit kelihatan kurang tegang dan beranjal serta kekeringan, garis-garis halus, kedutan dan sebagainya. Ia merupakan satu kitaran yang tiada kesudahan,” jelas Yap.
Oleh itu, salah satu cara yang paling berkesan untuk mencegah penuaan adalah untuk mengelakkan penyahhidratan. Bagi memastikan kulit sentiasa berada dalam penghidratan berterusan, kapasiti stratum korneum perlu dipertingkatkan dan diperbaiki.
Kini, INFINITY Deep Moisture Concentrate kembali dengan imej dan formula diperbaharui, disertai dengan dua produk baharu dalam rangkaian penjagaan kulit ini. Memperkenalkan rangkaian INFINITY Advanced Moisture Concentrate, rutin penjagaan kulit yang merangsangkan potensi kelembapan kulit dan menangani tanda-tanda penuaan.
Menggabungkan kuasa mikroorganisma yang berjaya hidup dalam persekitaran yang ekstrem dengan pengetahuan bioteknologi yang berinovasi, rangkaian INFINITY Advanced Moisture Concentrate dihasilkan untuk merangsangkan kekuatan semula jadi kulit dan kuasa dari dalam untuk mengelakkan dermis daripada merembeskan faktor-faktor yang memudaratkan kulit. Ia menggunakan bahan-bahan terpilih dan direalisasikan dengan kaedah yang unik untuk menghentikan kitaran sel-sel penuaan dan mengukuhkan sel-sel kulit untuk melawan penuaan.
Rangkaian penjagaan kulit INFINITY Advanced Moisture Concentrate mengandungi bahan-bahan aktif dan bio-aktif dalam rumusannya. Produk-produk yang dilancarkan adalah INFINITY Advanced Moisture Concentrate, INFINITY Advanced Moisture Concentrate Lotion dan INFINITY Advanced Moisture Concentrate Serum.
INFINITY Advanced Moisture Concentrate membaiki kulit dan meningkatkan keupayaannya untunk mengekalkan kelembapan. Kesan ‘Penetrating Shower’ meresap jauh ke dalam kulit dan mengunci penghidratan, menjadikan kulit lebih anjal, lebih lembut. Dengan esen ini, anda tidak perlu bimbang akan tanda-tanda penuaan lagi!
INFINITY Advanced Moisture Concentrate Lotion menghidrat sel-sel epidermis anda untuk membangkitkan kecantikan kulit sebenar.
INFINITY Advanced Moisture Concentrate Serum memberikan penghidratan kepada sel-sel epidermis, sementara menyegarkan kulit untuk menghapuskan tanda-tanda awal penuaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian INFINITY Advanced Moisture Concentrate, sila layari www.kose.com.my atau www.facebook.com/kose.malaysia.