Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Rasuah Di Sabah: Rampasan 127 Keping Tanah Bernilai RM30 Juta

by Afiqah Syamin
October 11, 2016
Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM mengesahkan maklumat tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. Foto oleh Julia Chan

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM mengesahkan maklumat tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. Foto oleh Julia Chan

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Nilai 127 geran tanah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah yang ditahan pada 4 Oktober lalu dianggarkan RM30 juta.

Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan SPRM berkata antara geran tanah yang dirampas daripada timbalan pengarah berkenaan termasuk yang berstatus  tanah perumahan, pertanian dan juga komersial di beberapa lokasi di Sabah.

“SPRM juga telah menerima maklumat berhubung beberapa akaun bank milik kedua-dua suspek (pengarah dan timbalan pengarah jabatan kerajaan itu) di tiga buah negara yang mana siasatan mendapati lebih RM30 juta telah dipindahkan ke akaun-akaun mereka.

“Maklumat awal mendapati, pengarah tersebut telah memindahkan wang lebih kurang RM1 juta ke akaunnya di luar negara manakala bakinya ialah milik timbalan pengarah tersebut,” menurut sumber berkenaan, di sini hari ini.

Sementara itu, menurut sumber berkenaan, setakat hari ini, SPRM telah merakam percakapan 40 orang saksi berhubung siasatan ‘ops water’.

Menurutnya mereka yang dirakam percakapan hari ini merupakan anggota keluarga timbalan pengarah itu, pekerja beberapa syarikat yang dipercayai terlibat secara langsung dalam projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion.

Sumber berkenaan juga menyebut bahawa SPRM dijangka memohon untuk menyambung reman kesemua suspek yang tempoh reman mereka tamat esok.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan maklumat tersebut tetapi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

Pada 4 Oktober lalu, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan  kerajaan di sini serta merampas RM114.5 juta daripada mereka, yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur.

Ia juga adalah kes terbesar dalam sejarah SPRM. — Bernama

SUMBER

Tags: beritaisu semasaKes RasuahRasuahSPRAMSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaTimbalan Pengarah Sebuah Jabatan Kerajaan Di Sabah
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Sofie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Sofie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.