Adakah anda menderita dalam diam?
Adakah mata anda terasa kering atau letih setelah memakai kanta sentuh sepanjang hari? Atau adakah perasaan terdapat ‘sesuatu bendasing’ di dalam mata anda kadangkala menggangu anda?
Jangan risau kerana semua masalah ini bakal berakhir dengan sebuah penemuan baharu dalam teknologi kanta sentuh. Alcon telah melancarkan sebuah revolusi industri dalam pengalaman memakai kanta sentuh dengan inovasi terkininya, Dailies Total1.
Alcon, peneraju penjagaan mata global telah memperkenalkan teknologi baharu dalam kanta sentuh yang menjanjikan paras keselesaan yang tiada bandingannya. Diilhamkan oleh ‘penderita diam’, konsumer yang mengalami dan menerima ketidakselesaan sebagai sebahagian daripada pengalaman penggunaan kanta sentuh, Kanta Sentuh Satu-Hari Gradien Air (Water Gradient) Dailies Total1 mengundang pemakainya untuk mengubah definisi jangkaan keselesaan mereka. Ia memberikan kelinciran dan keupayaan pernafasan yang unggul, sehinggakan anda terasa seolah-olah tidak memakainya, walaupun di penghujung hari.
“Kanta Sentuh Dailies Total1 benar-benar menawarkan konsumer sebuah pengalaman pemakaian yang mengagumkan, sekali anda mencubanya di mata, anda akan merasakan perbezaannya,” kata Sandeep Tewari, Pengurus Negara Alcon Malaysia.
“Kami berbangga untuk melaporkan bahawa dalam kajian klinikal, 9 daripada 10 pesakit melaporkan bahawa Dailies Total1 begitu selesa sehinggakan mereka terasa seperti tidak memakai sebarang kanta.
“Penyelidikan di sebalik Dailies Total1 Alcon telah menghasilkan sebuah kanta sentuh yang bukan hanya lebih unggul dari segi keupayaan pernafasan (6 kali lebih baik daripada kanta pakai buang terulung di pasaran), tetapi juga kelinciran. Berbekalkan teknologi gradien air yang menakjubkan, kanta Dailies Total1 direka dengan hampir 100% air di atas permukaan luar yang mewujudkan permukaan licin dan kusyen yang selesa serta perasaan ‘tiada bendasing’ yang berkekalan sehingga ke penghujung hari,” jelasnya lagi.
Dailies Total1 dijual dalam pek 30 unit dengan harga runcit yang disyorkan sebanyak RM174.90 (termasuk GST).