Ramai yang mempunyai beberapa perkara dalam hidup yang mereka ingin ulangi. Kerap kali anda ingin memutar balik masa? Jangan biarkan perasaan itu menjadi nyata apabila anda melihat cermin. Sebaliknya, percaya bahawa kini adalah masanya untuk mengubah masa depan kulit anda yang kini telah tiba.
Disokong oleh penyelidikan penjagaan anti-penuaan termaju, jenama produk penjagaan kulit premium DECORTÉ menawarkan satu lagi inovasi dalam bentuk serum berprestasi tinggi: iP.Shot.
iP.Shot menggabungkan penyelidikan terbaru dari DECORTÉ, berdasarkan dua mekanisme penyelidikan sel kulit: sel-sel iPS dan sel-sel model berusia daripada orang yang sama. iPS bermaksud ‘sel induk pluripotent teraruh’ (sel tunjang/sel dasar), yang mempunyai keupayaan untuk membiak secara berterusan serta boleh juga bertindak sebagai sel-sel organ yang berbeza.
iP-Solution diperbuat daripada tiga bahan mujarab:
Tocotrienol
Tocotrienol, juga dikenali sebagai super vitamin E, mempunyai manfaat antioksidan yang lebih tinggi berbanding dengan vitamin E yang biasa. Kebelakangan ini, bahan ini juga menarik perhatian sebagai makanan kesihatan. Ia sangat berkesan dalam melindungi sel dan membran mitokondria daripada oksigen aktif.
Ekstrak akar Polygonum Bistorta
Pilihan daripada koleksi kira-kira 40,000 jenis tumbuh-tumbuhan, ekstrak ini juga berkesan dalam menghapuskan oksigen aktif dari sel-sel. Sering dirujuk sebagai ‘Shennong Ben Cao Jing‘, Polygonum Bistorta adalah herba yang terkenal dalam perubatan tradisional Jepun.
Ekstrak Jania Rubens
Ekstrak ini terkumpul dan berasal dari alga dalam keluarga Corallinaceae, Jania Rubens menyokong fungsi Polygonum Bistorta untuk menghapuskan oksigen aktif. Alga Jania Rubens digunakan dalam iP.Shot secara mampan, ditanam menggunakan kaedah bioteknologi untuk memelihara sumber alga semula jadi.
Kini, dengan bangganya jenama termasyhur ini memperkenalkan serum yang berprestasi tinggi, mengurangkan garis halus di kawasan yang senang terdedah kepada kesan penuaan, serta menyerikan kulit anda. Dengan satu penggunaan, kulit menjadi halus, lebih anjal dan nampak lebih muda.
- Ubah masa depan kulit anda dengan mengawal kesan penuaan akibat tabiat terdahulu dan persekitaran.
- Rasa kesan sensasi keanjalan – kesan tegang lembut pada kulit, seolah kulit ditolak dari dalam
- Lihat kesan keserian yang serta-merta, serum disasar pada kawasan yang terdedah kepada kesan penuaan*.
- Shot memberi kesan serta-merta apabila digunakan bagaikan ‘kulit kedua’ yang membantu mengetatkan kulit, ia disasar pada kawasan kulit untuk mengelakkan kulit kering, garis halus dan kedut.
- Hasilnya: kulit anda berseri, nampak cerah dan muda.
Tips penjagaan kulit DECORTÉ:
Gunakan iP.Shot selepas menggunakan penyegar sewaktu rutin penjagaan waktu pagi dan malam. Sambil mengangkat kulit anda dengan satu tangan, sapukan iP.Shot seolah-olah melukis bulatan dengan hujung jari anda, sambil menepuk-nepuk lembut. Jika anda memakai alat solek, kurangkan sedikit penggunaan produk.
iP.Shot: ‘Booster shot’ harian yang membantu mengurangkan kesan penuaan dijual pada harga RM378 termasuk GST, 20g.
iP.Shot boleh didapati mulai 16 Oktober. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web COSME DECORTE (http://www.cosmedecorte.com.my) atau laman Facebook rasmi (https://www.facebook.com/cosmedecortemalaysia)