Pasti ramai yang tahu kedatangan aktress hebat Korea Selatan, Song Ji Hyo atau ace dalam rancangan Running Man ke ibu kota Kuala Lumpur baru-baru ini sempena perasmian butik kasut SHOOPEN. Sejak awal pagi lagi peminat setia aktress sudah beratur panjang dan memenuhi kawasan luar Farenheit88 menunggu ketibaan beliau. Para VIP dan Song Ji Hyo secara ikonik tiba di upacara perasmian dengan menaiki bas hop on hop off Kuala Lumpur dan disambut dengan sorakan dari peminat.

Kemeriahan perasmian butik dihibur dengan gendang dan tarian singa. Selesai acara potong reben, Song Ji Hyo bersama tetamu dibawa meninjau butik SHOOPEN yang buat pertama kali melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa dan memilih Malaysia sebagai destinasi pertama mereka dan juga merupakan butik terbesar di Asia Tenggara.

Kehadiran Song Ji Hyo juga untuk bertemu dengan 5 peminat bertuah yang memenangi pertandingan Facebook Guess & Win di laman rasmi SHOOPEN Malaysia. Mereka dapat bergambar bersama dan bersua muka dengan Song Ji Hyo secara eksklusif.
SHOOPEN merupakan butik kasut yang memberi kebebasan kepada pelanggan mereka untuk mencuba kasut mengikut saiz mereka tanpa meminta bantuan staff untuk mencari di ruang stor. Pelbagai jenis fesyen kasut dan aksesori yang disediakan untuk wanita, lelaki mahupun kanak-kanak. Pelanggan boleh dapatkan gaya fesyen terkini dari kualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Butik dua tingkat SHOOPEN Malaysia yang terletak di Fahrenheit88 pasti menambat hati peminat kasut.


SHOOPEN juga bakal membuka butik kedua di IOI Putrajaya pada November 2016, untuk mengetahui update terbaru mengenai fesyen kasut, koleksi atau sales dari SHOOPEN klik ‘follow’ di Instagram (@shoopenmalaysia) dan Facebook (fb.com/SHOOPENMALAYSIA) rasmi SHOOPEN.