Mamonde Malaysia, satu jenama baru di bawah AmorePacific Malaysia telah melancarkan kaunter kecantikan kedua di AEON Mid Valley hanya sebulan selepas pembukaan kaunter pertamanya di AEON 1 Utama.
Berkeluasan 576 kaki persegi, produk yang diilhamkan daripada Bunga ini membawa 143 produk terdiri daripada 32 kategori seperti kosmetik, rangkaian penjagaan wajah, penjagaan tangan serta barangan penjagaan rambut.
Sama seperti di AEON 1 Utama, kaunter ini turut menawarkan servis urutan tangan dengan menggunakan krim tangan jenamanya yang diserikan dengan aroma serta khasiat tujuh jenis bunga-bungaan terpilih seperti Lavender, Ros, Jasmin, Sakura, Kamelia serta Gardenia tanpa bayaran kepada pelanggan. Tidak ketinggalan, servis rundingan kulit secara percuma juga akan diberikan.
Dengan pembukaan kaunter baharu ini, Mamonde Malaysia berharap untuk menarik ramai pelanggan dalam pasaran kosmetik premium ini. Kini, Mamonde bersiap sedia untuk membuka kaunter ketiga di AEON Bukit Indah, Johor Bahru pada 22 November 2016.
Bersempena dengan pembukaan kaunter baharu, Mamonde menawarkan goodies dengan setiap pembelian produk Mamonde, set nilai istimewa dan rebat tunai. Ini termasuk 2 hadiah dengan pembelian RM180 dan ke atas, tambahan 5 hadiah percuma dan kanvas beg Mamonde Floral dengan pembelian RM350 dan ke atas. Set nilai ini termasuk Park Shin Hye’s ‘Doctors’ Beauty Set RM179, Flower Power of 5 Skincare Set RM228 dan Floral Power of 5 Makeup Set RM239.
Bukan itu sahaja, peminat Park Shin Hye yang ingin bertemu dengannya pada 14 Oktober 2016, anda perlu merebut peluang untuk memenangi pas eksklusif dengan membeli First Energy Lucky Box pada RM238 (terhad kepada 130 pelanggan sahaja).
Untuk keterangan lanjut sila layari laman Facebook Mamonde Malaysia di www.facebook.com/Mamonde.MY.