Berikutan kejayaan kempen global jenama rangkaian kecantikan tersohor SK-II sebelum ini, baru-baru ini sebuah lagi kempen dilancarkan bagi meningkatkan keharmonian jati diri serta semangat motivasi wanita di seluruh dunia untuk bangkit dan terus mengejar impian hati mereka.
Bertujuan untuk menyambung inisiatif pergerakkan #changedestiny jenama ini dalam memberi galakkan kepada wanita yang berada di semua peringkat umur untuk terus maju melebihi kemmapuan diri agar dapat mengecapi kehendak diri.
SK-II memanjangkan matlamat dengan mengajak semua rakyat Malaysia untuk menyertai kempen DREAM AGAIN dengan mengunjungi SK-II Dream Park yang bertempat di Pavilion Kuala Lumpur yang telah berlangsung dari 19 hingga 25 September yang lepas.
Taman istimewa dalam bangunan ini juga direka khas untuk menyerlahkan semangat kempen Dream Again, bahkan selain diserikan dengan dekorasi yang serba meriah dengan mainan rona merah dan putih, aktiviti-aktiviti menarik seperti rundingan kecantikan untuk menentukan usia kulit, penghantaran poskad bernota yang mengandungi impian anda kepada diri sendiri dan banyak lagi!