CJ WOW SHOP, rangkaian membeli-belah dari rumah terkini di Malaysia yang merangkumi televisyen dan platform atas talian dan mudah alih, akan menawarkan diskaun sehingga 80% bagi barangannnya sepanjang #MyCyberSale 2016 yang akan berlangsung dari 26 Sept hingga 30 Sept 2016.
Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP Encik Kim Yang Hyun berkata penyertaan julung kali bagi CJ WOW SHOP dalam #MyCyberSale 2016 adalah sebagi sokongan terhadap usaha Negara memajukan industri e-dagang serta mempromosikan budaya membeli-belah atas talian.
“Jadi sememangnya wajar sekiranya diskaun yang ditawar hanyalah untuk pembelian atas talian sahaja iaitu melalui www.cjwowshop.com.my. Selain itu, pengguna boleh memuat turun aplikasi mudah alih CJ WOW SHOP dan membeli-belah melalui saluran ini. Aplikasi tersebut boleh didapati dengan percuma dari Google Play Store dan Apple App Store,” kata Kim.
Tambah beliau, sepanjang #MyCyberSale 2016, tawaran diskaun tersebut tidak termaktub bagi pembelian melalui hotline CJ WOW SHOP di nombor 1800-18-0808.
Bertemakan “Tawaran Paling Besar” ini adalah kali ketiga inisiatif #MyCyberSale dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sejak 2014. Kejayaannya boleh dilihat dimana jumlah e-pedagang melonjak naik kepada 393 syarikat semasa #MyCyberSale 2015 dibanding penyertaan sebanyak 280 syarikat pada tahun 2014.
Banyak barang baru telah diperkenalkan dalam waktu enam bulan pertama CJ WOW SHOP beroperasi. Antaranya termasuk barangan eksklusif berjanama dari Korea seperti Coocan, Vo.temm dan Ilo. Selain itu, CJ WOW SHOP menawarkan jenama barangan tempatan termasuk Elba, Claytan, Ariani dan Jakel. Baru-baru ini juga, CJ WOW SHOP telah menjadi rangkaian membeli-belah TV yang pertama menawarkan destinasi percutian sebagai antara produk yang dijual.