Penampilan diri menarik adalah impian yang ingin dikecapi oleh semua wanita. Ramai di antara kita teringin benar untuk pergi memanjakan diri di spa namun apabila berfikir tentang lokasi spa yang kadang kala tidak bersesuaian dengan keadaan individu yang bertudung, susah pula jadinya.
Kebanyakkan spa atau pusat rawatan kecantikan ternama turut membenarkan pelanggan lelaki mendapatkan servis di premis mereka. Oleh yang demikian, ini Wanista senaraikan 5 SPA MUSLIMAH terbaik yang boleh anda kunjungi! Jom lihat!
#1 Tinispa
Menyediakan semua servis rawatan dan kecantikan wanita yang anda butuhkan termasuklah kelas solekan menggunakan kosmetik Youngblood iaitu rangkaian alat solek mineral profesional dari USA!
Buat si gadis yang menghidap masalah kulit berjerawat sehingga menyebabkan kulit mempunyai berlubang-lubang, boleh cuba pakej rawatan bekas jerawat yang disediakan oleh pihak Tinispa sekaligus dapat mengecutkan liang pori yang terbuka luas juga.
Kesemua kakitangan di spa ini adalah terlatih, profesional dan mesra orangnya! Mesti anda seronok dilayan oleh mereka nanti!
Alamat 1: 27A, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Alamat 2: G17, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor
Nombor Telefon: 03 – 5523 5718 (Shah Alam) & 03 – 4270 1292 (Ampang)
Laman Web: www.tinispa.com.my
Instagram: www.instagram.com/tinispa
#2 Spa Rania Stailista
Menyediakan servis dari hujung rambut sampai hujung kaki untuk para muslimah yang mementingkan kejelitaan sejati! Antaranya termasuklah servis merias kuku (pedicure & manicure), urutan badan, detoks kaki, tangas herba, waxing, rawatan resdung serta pemotongan rambut! Boleh dikatakan, rata-rata servis dan pakej yang ditawarkan di Spa Rania Stailista ini adalah berharga di bawah RM100! Wow! Cepat buat temu janji!
Anda boleh rujuk maklumat lanjut pada laman web rasmi spa ini okay?
Alamat: Unit 6-C-1, Persiaran Pekeliling, Bangi Gateway Complex, Seksysen 15, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
Nombor Telefon: 03 – 8912 0485
Laman Web: www.raniastailistaspa.com
#3 Akma Spa
Hello! Pekej Persona Pengantin yang ditawarkan di Akma Spa ini bermula dari RM160 je! Percuma sesi sauna pula tu! Bolehlah bakal-bakal pengantin semua berangan berendam dalam campuran mandian susu di dalam tab mandi ala-ala puteri rahja gitu. Tidak lupa, pakej pengantin ini juga adalah termasuk lulur soya dan susu serta rawatan muka ‘Facial Glowing’ juga tau! Mewah kan? Jom ramai-ramai serbu.
Alamat 1: No,79-1, Jalan Nautika A U20/A, Pusat Komersil TSB, Seksyen U20, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Alamat 2: No.315C & 316C, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 51300 Kuala Lumpur.
Nombor Telefon: 03 – 6148 0136 (Shah Alam) & 03 – 4147 6433 (Kuala Lumpur)
Laman Web: www.akmaspa.com
#4 De Bali Spa
De Bali Spa ni memang untuk kita-kita aje tau!
Pakej untuk bakal pengantin yang ditawarkan pun adalah bermula RM160 khas untuk rawatan dari hujung rambut sampai hujung kaki termasuklah pakej slimming dan mandian jakuzi!
Jangan disangka De Bali Spa ini biasa-biasa saja sebab spa ini pernah tampil memenuhi muka surat majalah tau. Nampak je biasa, tapi sebenarnya luar biasa! Jangan ketinggalan untuk buat temu janji!
Alamat: No 2126 Tingkat 1, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.
Nombor Telefon: 012-264 6882 atau 014-264 6882
Laman Web: www.debalispa.com
#5 Yoyoy Kamphora Spa
Dengar nama pun macam dah eksklusif kan? Dari servis bekam, rawatan muka, urutan badan, penjagaan selepas bersalin (pantang), program penurunan berat badan, salun rambut muslimah dan pakej menaikkan seri pengantin, semuanya ada di Yoyoy Kamphora Spa!
Hiasan dalaman spa adalah bercirikan modern balinese dan cozy, sangat menenangkan dan mendamaikan! Rawatan muka menggunakan emas 24 karat juga ada di sini!
Alamat 1: No.319A, Melawati Square, Lorong Kedah, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Alamat 2: No.19-1, Jalan Pinggiran Batu Caves 1A/1, Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor DE, Malaysia
Alamat 3: Heritage Lane, Empire Damansara, No.2, Jalan PJU 8/8A, Damansara Perdana 47820 Petaling Jaya, Selangor DE, Malaysia
Nombor Telefon: 03 – 4147 4479 (Taman Melawati), 03 – 6184 1455 (Batu Caves) & 012 -308 4479 (Petaling Jaya)
Laman Web: www.yoyoykamphoraspa.com
Ingat! Bukan bakal-bakal pengantin je yang wajib pergi memanjakan diri di spa, mak-mak yang dah beranak pinak pun perlu tahu dan peka tenatang kebersihan dan kecantikan diri. Barulah suami sayang nanti! 🙂
Selamat berkunjung ke spa semuanya!