Seperti yang kita semua tahu, jenama automotif BMW menjana dan menghasilkan pelbagai jenis kenderaan yang memanfaatkan bermacam jenis kuasa seperti gas, diesel mahupun elektrik. Namun, kehadiran ciptaan BMW yang baharu ini adalah menggunakan kuasa “energon cubes”.
Apa yang anda lihat ini adalah ukuran sebenar Transformer. Sebuah syarikat Turki yang bertanggungjawab menjana mesin-mesin hebat, Letvision memanggil ia dengan nama Letrons bagi mengelak konflik undang-undang. Namun, projek pembinaan Letrons ini masih diinspirasi berdasarkan kenderaan robot seperti Bumblebee, Jazz dan Autobot krew yang lain.
Tonton Video Pengenalan LETRONS!
Selepas mendapat idea untuk membina Transformer yang sebenar saat menghadiri mesyuarat kreatif. Letvision kemudiannya menubuhkan satu pasukan khas yang disertai 12 orang jurutera serta 4 orang juruteknik bagi merealisasikan impian mereka itu. Ia memakan masa selama 8 bulan untuk menyiapkan projek berkenaan dari awal. Kini, Letrons telah pun siap sepenuhnya dan sedia untuk beraksi!
Kenderaan Autobot Ini Juga Akan Dibina Berdasarkan 4 Model Lain
Letrons dibina menggunakan model kereta BMW 3-series sedan sebenar. setiap sisi kenderaan Autobot ini boleh bergerak dan berubah dari bentuk kereta sebenar kepada robot -dilengkapi tangan dan pergelangan tangan, manakala jarinya juga boleh digerak-gerakkan serta menoleh kepala ke bahagian kiri dan kanan.
Apa yang lebih menarik, Letrons turut bisa berkomunikasi serta menghembuskan angin (mungkin melalui beberapa bahagian tubuh badan robotnya).
Selain berfungsi sebagai robot, Letrons tetap boleh dipandu seperti kenderaan normal tetapi malangnya tiada lagi ruang untuk menempatkan penumpang lain kerana peralatan dan janakuasa yang diperlukan untuk menggerakkan robot telah pun memenuhi segenap inci ruang di dalam kereta. Walau apa pun, idea ini tetap hebat bukan?!
Maklumat lengkap ada di www.letrons.com
SUMBER 1 & 2