Wanista pasti setiap pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga semestinya mempunyai impian ingin memakai busana atau gaun pengantin yang mereka impikan. Ada yang memilih persalinan tradisional, moden, sederhana ala bohemian, mengikut tema yang dipilih seperti Puteri Disney dan pelbagai lagi.
Sama seperti Dana Wolley, fashion influencer dari Timur Tengah ini yang mengimpikan gaun mewah penuh glamor untuk dipakai di hari bahagia.
“Pada awalnya saya hanya mencari beberapa gaun simple di Eposa Group. Ya, hampir kesemua cantik tetapi saya rasa saya memerlukan sesuatu yang dibuat hanya untuk saya dan jauh daripada yang simple! Sesuatu yang mewah dan penuh memori, yang diingati sentiasa!”
Dilaporkan, gaun hasil pembuatan tangan yang memakan masa selama 2 bulan ini mempunyai sentuhan warna emas dicampurkan dengan perak, malahan beratus-ratus batu menghiasi keseluruhan gaun persis Cinderella, ditambah pula dengan vale panjang meleret. Cukup glamor bersesuaian dengan tema majlis yang juga penuh mewah.
https://www.instagram.com/p/BKTmDWCjWGr/
https://www.instagram.com/p/BIm1D7njgns/
https://www.instagram.com/p/BIdPezHDCOl/
Video proses pembuatan gaun mewah.