Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

[12 Gambar] ‘Mentadak Orkid’ Ini Mungkin Serangga Paling Cantik Yang Pernah Ditemui

by Afiqah Syamin
September 26, 2016
Foto -Alex Hyde/Barcoft Media

Foto -Alex Hyde/Barcoft Media

8
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Mentadak, mentadu, macam mana abang tidur?”

Rangkap di atas mungkin adalah lagu pendek yang sering dinyanyikan kepada mentadak kerana dipercayai serangga unik itu boleh meniru cara seseorang tidur.

Apa yang anda tahu apabila orang menyebut tentang mentadak? Mungkin anda akan terfikir bahawa mentadak adalah sejenis serangga pemakan serangga lain yang badannya menyerupai lidi dan bisa ‘menari’ apabila diacah oleh objek yang berada dihadapannya.

Foto -theprayingmantis.co.uk
Seekor Mentadak Orkid jantan menjamah mangsanya. Foto -theprayingmantis.co.uk

Serangga yang bijak menyamar ini sering menyorok di dahan dan ranting pokok bagi menunggu mangsanya untuk muncul berdekatan kerana lazimnya mentadak biasa memiliki ciri fizikal persis ranting pokok dan dedaun yang berwarna gelap mahupun hijau muda. Tetapi, lain pula dengan sejenis mentadak unik berwarna-warni ini.

Foto -sciencefriday.com
Mentadak Orkid betina mempunyai gegelang hijau pada lehernya. Foto -sciencefriday.com

“Orchid Mantis” atau nama saintifiknya Hymenopus Coronatus adalah serangga yang berada dalam kumpulan spesis mentadak. Ia mempunyai ciri fizikal seperti kelopak bunga orkid dan selalunya ditemui dalam pelbagai warna menonjol termasuklah merah jambu dan putih.

View this post on Instagram

Apresentamos a vocês o Louva-a-Deus Orquídea. Nome científico: Hymenopus Coronatus. Diferente e muito interessante não é?! #louvadeus #louvaadeus #hymenopuscoranatus #louvadeusorquidea #orchid #orchidmantis #orquidea #sapucaiapaisagismo #sapucaiajardins #gardencenter #tudoparaoseujardim

A post shared by Sapucaia Paisagismo (@sapucaiapaisagismo) on Sep 20, 2016 at 3:15pm PDT

Apa yang membuatkan Mentadak Orkid ini unik adalah kedua pasang kakinya menyerupai kelopak bunga.

Untuk pengetahuan anda, pada kelahiran awal mentadak istimewa ini, rupanya adalah seperti semut di mana badannya berwarna merah manakala kakinya pula berwarna hitam.

Foto -youtube.com
Anak Mentadak Orkid yang baru menetas adalah seperti semut api. Foto -youtube.com

Namun begitu, setelah beberapa ketika apabila umurnya menjangkau 2 tempoh larva pada peringkat “instar”, barulah keseluruhan tubuhnya akan bertukar menjadi warna putih seterusnya kepada warna penentuan akhir sama ada putih atau pun merah jambu. 

Foto -sciencefriday.com
Kedua-dua pasang kaki Mentadak Orkid mempunyai perincian seperti kelopak bunga. Foto -sciencefriday.com

Mentadak Orkid jantan biasanya akan mempunyai gegelang leher yang berwarna coklat keungguan manakala betina pula berwarna hijau.

Foto -fineartamerica.com
Kedudukan seekor Mentadak Orkid: Bergayut pada kelopak bunga Orkid yang masih menguncup sambil menunggu magsa untuk menghampirinya.  Foto -fineartamerica.com

Jelas seorang pengkaji, serangga yang bakal menjadi mangsa Mentadak Orkid beranggapan bahawa bunga yang mempunyai banyak warna cenderung untuk mengandungi lebih banyak nektar (madu bunga) dan oleh sebab yang demikian, banyak yang akan terpikat untuk pergi kepada mentadak tersebut berbanding kelopak bunga sebenar.

Foto -cqmsjt.com
Foto -cqmsjt.com

Setiap satu kumpulan telur (oothecare) akan melahirkan sebanyak 50 hingga 100 ekor anak mentadak yang akan menetas dalam masa 5 hingga 6 minggu. Bahkan, kebanyakkan Mentadak Orkidemmpunyai kitaran hidup dalam masa lima hingga enam bulan sahaja.

Foto -Lessy Sebastian/Solent News
Foto -Lessy Sebastian/Solent News

Mentadak Orkid yang telah meningkat remaja (nymphs) akan memakan serangga-serangga kecil manakala mentadak yang telah cukup dewasa pula akan menangkap apa sahaja serangga besar lain termasuklah cicak, serangga bersayap seperti kupu-kupu mahupun lebah. Kadang-kala ia juga bisa memakan buah pisang.

Klik Pada Gambar Untuk Lihat Paparan Penuh

Mentadak Orkid boleh berubah warna mengikut hari bergantung kepada kondisi cahaya dan faktor kelembapan sekeliling. Foto -Lessy Sebastian/ Solent News
Mentadak Orkid betina yang telah dewasa boleh membesar sehingga 2.7 inci panjang. Foto -James O’Hanlon
Boleh ditemui di kawasan hutan hujan tropikal sekitar Asia Tenggara termasuk Malaysia. Foto -James O’Hanlon
Mentadak Orkid betina remaja. Foto -James O’Hanlon

Tonton Video Orchid Mantis

SUMBER 1, 2, 3 & 4

Tags: Alam Semula JadiBunga Anggerikinfo menarikMentadak berbentuk Bunga OrkidMentadak Menyerupai Kelopak Bunga OrkidMentadak OrkidOrchid MantisSerangga Unik
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Sofie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Sofie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Sofie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Sofie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.