Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Peminat Hampa Selepas Shah Rukh Khan Marah Dan Nyaris Menumbuknya (Video)

by Izzah Azizah
September 24, 2016
Pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan hampir menumbuk seorang peminat selepas hilang sabar dengan perbuatan biadap lelaki tersebut. Foto - astroawani.com

Pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan hampir menumbuk seorang peminat selepas hilang sabar dengan perbuatan biadap lelaki tersebut. Foto - astroawani.com

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Apakah yang mungkin anda lakukan jika bintang pujaan anda marah hanya kerana anda terlalu teruja untuk mengambil gambar selfie bersama? Bagi seorang peminat, dia cuba menarik simpati orang ramai di media sosial.

Itulah yang terjadi pada seorang peminat Shah Rukh Khan di Amsterdam, sewaktu bintang Bollywood itu berada di sebuah lokasi di sana.

Shah Rukh Khan atau juga dikenali dengan panggilan SRK dilaporkan hampir menumbuk seorang peminatnya selepas bintang itu hilang sabar atas perbuatan biadab lelaki tersebut.

Astro Gempak yang memetik laporan Inquisitr melaporkan, kejadian tersebut berlaku ketika pelakon itu mengunjungi ibu negara Belanda untuk menjalani sesi penggambaran filem terbaharunya, The Ring.

Menerusi satu rakaman video yang tersebar, SRK yang hendak berjalan kembali ke kenderaannya, dikerumuni ratusan peminat untuk bergambar.

Rakaman video itu menunjukkan walaupun para peminat saling bertolakan untuk bergambar dengan SRK, bintang itu tetap membalasnya dengan senyuman yang manis.

Bagaimanapun, aktor berusia 50 tahun itu akhirnya hilang pertimbangan selepas seorang peminat lelaki tiba-tiba menarik lehernya dengan kasar untuk merakamkan gambar ‘selfie’.

Tidak selesa dengan situasi berkenaan, SRK dengan pantas menolak tangan lelaki tersebut dengan wajah yang marah dan seperti mahu menumbuk lelaki berkenaan.

Dalam kekecohan itu, beberapa pengawal peribadi SRK bertindak menghalang dan menjauhkan peminat itu daripada pelakon tersebut.

Sama ada berasa malu, kecewa atau sedih dengan insiden itu, peminat ‘malang’ itu kemudiannya merakam riak emosi wajahnya bagaikan sebuah ‘drama Bollywood’.

Dia telah merakam reaksi dirinya seolah-olah sedang ‘menangis’ dalam kereta dan juga di rumah susulan insiden berkenaan, seteusnya memuat naik rakaman itu ke media sosial.

Dalam pada itu, menerusi satu temubual bersama portal Deccan Chronicle, SRK menjelaskan dia bertindak demikian kerana peminat itu bersikap tidak matang.

“Peraturan saya mudah saja. Saya sendiri sudah beritahu pengawal peribadi saya bahawa peminat yang berusia di bawah 25 tahun mempunyai hak untuk bersikap kebudak-budakan dan nakal.

“Saya ada anak-anak berusia 16 tahun dan 18 tahun dan mereka lakukan perkara-perkara yang tak boleh buatkan anda marah sehinggalah berusia 25 tahun,” jelasnya.

 

Sumber

Tags: bollywoodgossipgossip antarabangsashah rukh khanshah rukh khan nyaris tumbuk peminat
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Wolipop
Gosip Antarabangsa

Spoiler The Red Sleeve: Lee Se Young & Junho ‘Bengang’ Adegan Ranjang Dihentikan Ketika Pengambaraan

by Opie Azizlan
January 3, 2022
0

OMO! Kenapa?! Muncul di rancangan radio "Noon Song Of Hope", pelakon-pelakon ini telah berkongsi beberapa cerita di sebalik tabir dan...

Baca Lagi
Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.