Jenama fesyen terkemuka yang sering tampil dengan koleksi versatile bersifat feminin serta disukai ramai orang ternama, Carolina Herrera menguntai kerjasama bersama jurugambar profesional Mario Testino untuk kempen musim Luruh 2016.
Ini merupakan kolaborasi ketiga antara jenama Carolina Herrera bersama Mario Testino bagi mendapatkan imej iklan global bertepatan dengan konsep dan moto Carolina Herrera sendiri yang sentiasa mengutamakan kreativiti.
Untuk musim ini, kempen iklan global Carolina Herrera diinspirasi oleh kemeriahan suasana malam di kota metropolitan New York. Sehabis baik, Mario Testino cuba menerapkan personaliti si pereka ke dalam setiap imej hebat yang dirakamnya -dipenuhi keseronokan serta gelak tawa.
Menampilkan helaian mewah untuk lelaki dan wanita CH Carolina Herrera, setiap rekaan bagaikan ‘bernyawa’, disisip dengan reka bentuk mewah yang sungguh bergaya khas untuk musim luruh 2016.
Warna yang digunakan juga adalah sangat menonjol dan ranggi, pasti dapat menarik keluar personaliti unik si pemakai yang menggayakannya.
Sila layari www.carolinaherrera.com untuk keterangan lanjut.