Mungkin anda kurang familiar dengan selebriti korea yang berdarah campuran ? Namun, ada empat selebriti kacak berdarah Korea-Amerika menjadi pilihan Penulis untuk mencoret sedikit tentang mereka. Harap lepas ini jangan ada pulak yang berangan nak ada boyfriend mixed blood. Just enjoy their beautiful face!
Ricky Kim
Bapa hot kepada 3 orang anak ini berasal dari Kansas, Amerika Syarikat dan kemudian berhijrah ke Korea Selatan sebagai guru bahasa Inggeris pada tahun 2005. Hampir 4 bulan di Seoul, beliau mengambil keputusan untuk menceburi bidang hiburan di sana. Drama pertama bertajuk Miracle mendapat tempat dihati penonton walaupun Ricky hanya muncul pada 4 episod.
Fasih berbahasa Korea menjadikan Ricky ‘laku’ dijemput sebagai tetamu di beberapa rancangan realiti top seperti Law of the Jungle, Let’s Go Dream Team! Season 2 dan Running Man. Kini beliau tampil dengan rancangan realiti berbentuk keluarga Oh! My Baby, rancangan mengetengahkan kehidupan seharian Ricky bersama tiga orang anak beliau Kim Tae-rin (Taylor), Kim Tae-oh (Asher William) dan Kim Tae-ra (Ellysen Victoria). Beliau menamatkan zaman bujangnya bersama aktres Korea Selatan, Ryu Seong-joo pada tahun 2009 setelah dua tahun bersulam cinta.
Apa yang membuat Ricky Kim berbeza dengan selebriti Korea yang lain, semestinya matanya yang lebih bundar dan mempunyai kelopak mata yang luas. Lahir dari campuran darah Korea dari sebelah ibunya dan Amerika dari bapanya telah memberi wajah kacak pada Ricky sampai mata Penulis naik ‘juling’ melihatnya.
Walaupun umurnya sudah mencecah 35 tahun, Ricky masih mampu membuat wajah super cute dengan dua lesung pipit yang terserlah setiap kali tersenyum! Lihat sahaja video di bawah ini.
Daniel Henney
Okay, oppa yang ini hak milik Penulis! Hahaha. Selalu tampil di dalam keadaan macho, siapa yang tak melting kan?
Jika ada peminat k-drama pasti tahu si Daniel pernah memegang watak utama di dalam drama ‘meletup’ My Lovely Sam Soon sebagai Dr, Henry Kim yang jatuh cinta dengan Hee-jin lakonan Jung Ryeon-won. Cabaran besar buat Daniel kerana beliau langsung tidak pandai menutur dalam bahasa Korea. Walau begitu, wajahnya terus muncul dipanggung besar Korea Selatan dengan bermain filem Seducing Mr. Perfect dan memenangi anugerah Pelakon Baru Terbaik bagi filem menyayat hati My Father. Selain itu, Daniel juga pemegang suara watak Tadashi bagi filem hebat Disney, Big Hero 6.
Perkembangan terbaru Daniel Henney kini menjalani pengambaraan drama Criminal Minds : Beyond Borders musim kedua dan sibuk berulang alik terbang dari Los Angeles ke Seoul untuk menghadiri sebarang photoshoot.
Daniel Henney yang dilahirkan dari ibu Korea dan bapa Amerika membesar di bandar kecil Michigan. Apa yang menarik perhatian Penulis, jika didengar betul suara Daniel sama seperti suara Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat. Cuba anda dengar, sama atau tidak?
https://www.instagram.com/p/BKW0lWhAmDZ/?taken-by=danielhenneyofficial
Dennis Oh
Model dan aktor campuran darah Korea dari ibu dan Amerika dari bapa yang juga seorang tentera. Memulakan kerjaya model pada umur muda 16 tahun dan muncul beberapa drama mini Korea seperti Sweet Spy akan tetapi beliau kurang mendapat perhatian di Korea Selatan. Akhirnya Dennis cuba mencari peluang di China dan ianya membuahkan hasil apabila kini dia lebih banyak terlibat dengan produksi drama disana.
https://www.instagram.com/p/BAZ93WPN5YH/?taken-by=dennisohbaidubar
Dennis memiliki warna kulit tan dan rambut yang lebat serta wajah tampannya tersembunyi sifat pemalu dan pendiam. Beliau tidak mempunyai mana-mana akaun rasmi laman sosial, jadi ada peminat setia Dennis sendiri membuka akaun khas Instagram dan Weibo untuk peminat lain untuk mengetahui berita terbaharu.
https://www.instagram.com/p/BAUrDaHt5TS/?taken-by=dennisohbaidubar
https://www.instagram.com/p/BAPqfuNN5YE/?taken-by=dennisohbaidubar
Menamatkan pengajian di Savannah College Art and Design dalam bidang fotografi. Beliau gemar merakam gambar, melancong dan memancing. Lihat sahaja gambar di bawah ini, ikan pun tahu pemangsanya berwajah kacak sampai sanggup mengadai nyawa. Hahaha
https://www.instagram.com/p/BBpexD7N5Ud/?taken-by=dennisohbaidubar
Vernon Seventeen
Jika tiga Oppa di atas terkenal dengan bidang lakonan dan modelling. Oppa kali ini pula di kalangan ikon Kpop dari kumpulan Seventeen. Vernon atau nama sebenar beliau Hansol Vernon Chew baru sahaja berumur 18 tahun, dilahirkan di kota raya New York dan kemudian berpindah ke Korea Selatan ketika umur 5 tahun.
Wajah cute dan ‘cantik’ Vernon diwarisi dari ibu Amerika dan bapa Koreanya. Mata Rapper kumpulan Seventeen ini mendapat perhatian peminat kerana unik berwarna coklat kehijauan. Sewaktu beliau belum menjadi seorang artis, beliau pernah menghadapi masalah isu perkauman. Dimana beliau sering dipandang ‘pelik’ oleh masyarakat kerana rupa wajahnya yang tidak seakan warga Korea yang lain. Walau begitu, Vernon merasakan Korea lebih selesa untuk dia tinggal berbanding Amerika.
Berjiwa hip-hop dan rap, Vernon mengangkat nama seperti Drake, J. Cole, Nicki Minaj dan Kendrick Lamar sebagai idola muziknya. Jom dengar rentak rap dari Vernon.