Irene Kim, gadis yang memegang kata-kata ibunya “if you’re happy, you’re confident, and if you’re confident, you’re beautiful” ini terpilih menjadi Global Beauty Contributor pertama untuk Estée Lauder, Global Influencer untuk Calvin Klein, Majalah Time memilihnya sebagai wajah baru dalam dunia fesyen dan baru-baru ini ke Hong Kong untuk projek kolaborasi bersama MaxMara.
Satu soalan, siapa dia?
Irene Kim, 28, adalah seorang model asal Korea Selatan. Model dengan ketinggian 178cm di bawah naungan Esteem Model (Korea) dan The Society (New York) tidak hanya tampil di pertunjukan fesyen tetapi juga mukanya merata di majalah, iklan, muzik video dan program TV.
Terkenal dengan rambut pelanginya dan berkawan rapat dengan beberapa selebriti Korea seperti Miss A Min, Jay Park, Jessica Jung mahupun selebriti luar negara. Bukan itu sahaja, Irene juga aktif sebagai pengacara untuk program kecantikan Mnet USA, KStyle.
Mempunyai fashion sense yang tiptop, Irene sering dilihat memuat naik foto dan video di beberapa akaun media sosialnya dengan username ireneisgood (@ireneisgood) – pengikut di Instagram sudah mencecah lebih 900K dan terusan mendapat respon yang cukup baik.
Pada April 2015, Irene bekerjasama dengan sebuah jenama fesyen Korea Selatan, PLAYNOMORE dan telah mereka bentuk beberapa item fesyen seperti tambourine bag salah satunya bernama ‘My Silly Boo, IRENE!’, dilaporkan sold out dalam masa yang singkat.
Kalau anda masih belum follow Irene Kim, ini beberapa sebab anda harus berbuat demikian:
#Rambutnya berubah mengikut musim.
“Sebenarnya saya bosan dengan rambut hitam dan mengambil keputusan untuk mewarnakan perang di hujung rambut. Saya melakukan sendiri kerana mahukan gaya Ombre,” jelas Irene Kim.
Jadi kepada yang sukakan eskperimen, jadikan Irene Kim sebagai inspirasi anda sebab semua warna rambut sudah dicubanya.
#Kendall Jenner, Justin Bieber, Jessica Jung dan ramai lagi kenalan selebriti.
Tak perlu cakap banyak sebab ‘It Girl’ ini mempunyai ramai kenalan dikalangan selebriti Korea dan luar. Hebatkan pengaruhnya?
#Fesyen, Fesyen, Fesyen.
Ya, ini sebab utama kenapa anda mesti follow model kelahiran Seattle, Amerika Syarikat. Dia pasti akan mengambil foto dan video menarik sepanjang berada di Minggu Fesyen. Si fesyenista mesti suka tengok fashion sense yang cukup bold ini.
#Fun & Colorful.
Satu lagi tentang Irene Kim adalah dia seorang yang sangat fun menerusi koleksi gambar dan video yang dikongsinya. Contohnya gambar dengan aplikasi Boomerang yang kelakar, filter Snapchat yang comel, video yang sangat menghiburkan malah kita yang melihat turut rasa cemburu dengan kehidupannya… 🙁
Okay, pergi follow Irene Kim sekarang!