Adakah anda seseorang yang sukakan aktiviti ganas, lasak dan berani menyahut cabaran? Percutian bagi bukanlah sesuatu yang selesa dan mewah. Anda sering mencari perkara atau aktiviti yang rare setiap kali keluar dari Malaysia. Hotels.com sediakan 3 destinasi pelancongan yang top dengan aktiviti mencabar untuk anda rasai.
New Zealand
Pelbagai aktiviti air, udara dan darat anda yang boleh lakukan disana. Antaranya melompat bungee jumps dari ketinggian 134 meter di Nevis Bungy atau yang lebih ‘gila’ turun dari langit setinggi 15,000 kaki, aktiviti udara dipanggil skydiving Walaupun dalam keadaan bahaya anda boleh melihat pemandangan gunung dan tasik biru Taupo yang luar biasa indah. Selain itu, anda juga boleh melawat set filem Hobbiton. Sebanyak 44 lubang rumah unik hobbit, termasuk juga rumah watak utama di dalam filem itu Bilbo Baggins untuk diteroka. Untuk penginapan selesa selepas beraktiviti lasak, Hotels.com memilih hotel Eagles Nest Backpackers terletak di Bay of Islands dan Treetops Lodge & Estate, yang terkenal dengan aktiviti jungle trekking, menunggang kuda dan berbasikal.
Bali
Bali mungkin terkenal dengan gelaran ‘Pulau Romantik’ namun ramai penggemar aktiviti lasak akan berkampung di sana. Tinggalkan sahaja pakej spa di hotel anda, sediakan kasut sukan untuk mendaki Gunung Rinjani iaitu gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia. Anda pasti terpesona dengan pemandangan dari atas gunung dengan tasik cantik Segara Anak dibawahnya. Tak cukup dengan gunung dan tasik, anda boleh lakukan aktiviti air di Air Terjun Sendang Gile. Kedinginan air terjun tersebut pasti membuat kayuhan renangan anda lebih laju. Lengkapkan percutian lasak anda dengan menginap di hotel Novotel Lombok Resort and Villas yang berada di tengah-tengah hutan dan Villa Ombak Hotel pula di Gili Trawangan. Lokasi terkenal dengan pantai dan tumpuan untuk melihat sunset.
Iceland
Jarang dengar orang kita ke Iceland, apa kata anda memecah tradisi ke sana. Pada bulan September sehingga April, langit malam Iceland berubah kepada fenomena Aurora Borealis. Anda dapat lihat langit gelap itu dihiasi garisan warna bersama kerlipan bintang. Kalau di Australia anda dapat lihat ikan lumba-lumba, tapi di Iceland anda akan dapat lihat ikan paus! Antara lokasi yang selalu menjadi spot untuk ikan paus di Reykjavik, ibu negara Iceland. Jangan lupa juga untuk merakam gambar pancutan air glasier dan anda boleh berehat dari aktiviti dengan berendam didalam kolam air panas glasier. Pilihan hotel terbaik untuk melihat langit Aurora dari Hotels.com ialah Hotel Reykjanes Apartment. Bagi yang ingin menginap di tengah bandar Iceland boleh check-in di ION Adventure Hotel.
Apa anda tunggu lagi? Rencana aktiviti anda sekarang dengan tempahan hotel dari Hotels.com!