Dengar khabar, duta jenama kosmetik tersohor Korea Mamonde yang baharu sahaja memasuki pasaran Malaysia iaitu Park Shin Hye akan datang melawat negara ini pada bulan Oktober nanti!
Sebelum kemunculan bintang pujaan ramai itu, apa kata kita mengenali serba-sedikit tentang dirinya.
Fakta Menarik Tentang Park Shin Hye:
- Lahir pada 18 Februari 1990 (26 tahun).
- Muncul untuk pertama kali pada tahun 2003 dalam drama bersiri “Stairway to Heaven” dan berjaya menerima anugerah pelakon wanita muda terbaik dari SBS Drama Awards.
- Orang mula mengenali Park Shin Hye ketika dia mula membintangi drama bersiri “The Heirs” di samping pelakon lelaki kacak Lee Min Ho, memainkan watak sebagai Cha Eun-Sang.
- Park Shin Hye mempunyai pengikut seramai 11 Juta di Weibo sekaligus mengangkat namanya sebagai aktres wanita Korea yang mempunyai mengikut paling ramai.
- Meneruskan karier lakonan dalam drama bersiri “Pinocchio” yang secara tidak langsung membuatkan namanya tersenarai sebagai 40 selebriti paling popular oleh majalah Forbes Korea.
- Park Shin Hye bertambah popular apabila menyertai drama “Doctors” yang ditayangkan di SBS.
- Telah merangkul hampir 23 anugerah ternama untuk kategori drama dan televisyen termasuklah Anugerah Perdana Menteri (Prime Miniter’s Award) pada acara Korean Popular Culture & Arts Awards yang ke-6 dan dianugerahkan sebagai Aktres Paling Popular untuk kategori Filem di Baeksang Arts Awards yang ke-51 pada tahun 2015.
- Telah menjadi duta kosmetik Mamonde sejak tahun 2014 iaitu rangkaian kecantikan yang diinspirasi dari khasiat bunga-bungaan asli.
- Tiga item kosmetik Mamonde kegemaran Park Shin Hye adalah termasuk Cover Powder Cushion, Mamonde Flower Essence Mask dan Highlight Lip Tint #6 dalam rona “Pin Spot”.
- Nantikan kemunculan Park Shin Hye di Malaysia menjelang Oktober ini melalui pengumuman rasmi di www.facebook.com/Mamonde.MY