Kini tiada lagi kebosanan kerana model untuk rekaan kasut hangat NMD dari adidas Originals telah diterapkan dengan beberapa siri warna sensasi termasuk merah “Solar Red” dan hitam “Core Black Live Raffle” yang pasti memberi suatu motivasi buat para pelari tegar.
Kedua-dua sepatu larian NMD_R1 dan NMD_XR1 yang telah diolah dengan warna baharu ini dilengkapi struktur lapisan material berjaring serta fabrikasi berkait jenis micro-rib. Bahkan, ia turut dihias dengan perincian tiga jalur pada bahagian sisi di samping “EVA plug inserts” senada yang memberi impak ikonik sebagai sebahagian perincian hangat untuk kasut keluaran 2016.
Galeri Adidas Originals NMD Colour Boost
Telah mula berada di pasaran pada 17 September lepas, individu yang berminat boleh membuat tempahan NMD Colour Boost di gedung konsep adidas Originals cawangan Pavilion, aras 4 yang ditawarkan dalam saiz UK7 sehingga UK11. Setiap satunya boleh dibeli pada harga RM490.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.facebook.com/notes/adidas