I feel a little rush
I think I’ve got a little crush on you
I hope it’s not too much
But babe when I’m with you, I hear it
My heart singing
La, la, la, la, la, la, la, la-la
La, la, la, la, la, la, la, la-la
(Crush – Yuna ft Usha)
Si dia yang bernama Kamal Adli selalu menjadi tumpuan penulis setiap kali melayari laman Instagram. Aduh, jantung penulis berdegup kencang setiap kali melihat si Kamal. Bukan sahaja handsome, malah berbakat dalam bidang lakonan. Penulis percaya sikap yang cool dan friendly membuat peminatnya (Kamaliens) setia bersama. Nak tahu kenapa penulis letak Kamal Adli sebagai calon ‘bae’ untuk anda. Meh, baca list yang penulis senarai. Jaga-jaga takut hati makin lama tatap makin jatuh hati.
- Dikala lewat malam anda kelaparan, si dia Kamal akan sentiasa menemani anda dengan secawan Maggi Cup Asam Laksa. Perut berbunyi lapar tadi boleh tumbuh pokok bunga melihat dia tersenyum menongkat dagu, tak jadi sakit gastrik lapar tapi sakit diabetes pula. Maggi Hot Cup pun boleh Abang Kamal.
- Senang sahaja dia bergaya di pagi raya hanya berbaju Melayu Cekak Musang, bersongkok dan bersampin. Tak payah pening kepala untuk mencari baju Melayu hispter, jubah Pahlawan dan seangkatan pakaian trend sekarang. Cukuplah menjadi Kekanda Melayu sejati di hati Adinda.
- “Awak sambung lah shopping, takpe biar saya jaga anak ni“. Alahai, over betul apa yang penulis berangan. Si dia ada ciri seorang bapa yang penyayang dan suami bertanggungjawab. Siapa yang tak nak kan lelaki macam ini ? Korang scroll lah dulu yang lain, penulis nak sambung berangan.
- Berita baik untuk peminat kucing ! Lihat sahaja dua ekor meow mengada di atas riba Kamal, penulis cepuk baru tahu. Ada fakta yang mengatakan lelaki yang suka kucing digambarkan sebagai lelaki yang aktif dan bijak. Paling best, lelaki yang menyayangi kucing komited dalam perhubungan cinta. Wow!
- Bagusnya Kamal buat aktviti lain dari yang lain bersama peminat. Sikapnya yang mesra menyenangkan sesiapa yang pertama kali bertemu dengannya. Bayangkan buat pertama kali anda kenalkan si dia kepada teman rapat anda. Pasti senang masuk bukan ? Boleh elakkan awkward moment.
- Jangan terkejut bila si dia hantar video nyanyian ‘romantik’ pada anda. Tergelak penulis menonton video di bawah.
- Menyanyi? Check! Macam mana pulak dengan menari ? Mestilah boleh juga! Talented sungguh si dia ini. Nak bawa ke kelas zumba tak jadi masalah. Entah nanti siap boleh ganti instructor anda lagi.
- Pasti merajuk anda tak lama bila lihat aksi comel si dia yang cuba untuk memujuk. Walaupun semua tahu trick magic itu dibantu oleh teknologi terkini, tapi effort itu kita tetap harus puji. Kita tepuk tangan awak dan enough merajuk. Hehehe.
- Pabila anda keluar bersama pasti tidak bosan, ada sahaja keletah gila-gila si dia. Pastikan anda bersedia bila dia beraksi selamba dikhayalak ramai. Shhhh, jangan gelak kuat sangat!
- Walaupun kini sudah semakin kacak dan ‘katang’, dia selamba sahaja memuat naik gambar zaman keringnya. Kamal Adli pasti mencari calon yang juga menerima dia yang dahulu dan bukan sahaja yang sekarang. Penulis yakin si dia juga pasti menerima keadaan penulis yang dahulu. Hehehe.
Melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu
(Terakhir – Sufian Suhaimi)
Setinggi mana pun penulis dan anda mula berangan, jangan lupa sesekali kembali ke realiti. Di hati si dia sudah tercatit sebaris nama Emma Maembong.
https://www.instagram.com/p/BJ5cZixhaWn/
Tak dapat Kamal Adli pun tak apa, asalkan ciri-ciri di atas ada pada bakal ‘bae’ yang lain. Hanya pastikan dia masih single lagi!
Sekadar suka-suka ye.. 😛