Miss A Bae Suzy sempat meluangkan masa dari kesibukan kerja untuk singgah ke Hong Kong bertemu dengan Bae Suzy tetapi versi lilin. Suzy merupakan selebriti wanita Korea Selatan pertama mempunyai patung lilin di Muzium Madame Tussauds, Hong Kong.
Suzy berkata, “Saya tidak menyangka ia kelihatan sama seperti saya. Ia amat mengejutkan. Saya amat gembira kerana menjadi bintang Korea wanita pertama diberikan penghormatan sebegini.”
Madame Tussauds adalah muzium patung lilin terkenal, yang mana di dalamnya terdapat replika lilin daripada tokoh-tokoh sejarah, juga tokoh-tokoh terkenal dari kalangan selebriti dan ahli sukan.
Kalau anda ke Hong Kong, jangan lupa datang pergi ke Muzium Madame Tussauds. Paling penting selfie dengan lovebirds Suzy dan Lee Minho.. 😀